29 Disember 2011

Back To School 2012

Asslamualaikum & Salam Sejahtera...

Beberapa hari lagi episod baru persekolahan akan bermula... Untuk warga guru, diucapkan selamat bertugas semula dengan penuh semangat dan dedikasi... Untuk warga murid, selamat menempuh satu lagi fasa di dalam menimba ilmu demi mencorakkan masa depan yang cemerlang dan gemilang.

Semoga tahun 2012 ini akan memberi sinar yang indah buat kita semua...

29 November 2011

Al-Fatihah...

Assalamualaikum...




Al- Fatihah untuk Allahyarham Firdaus (Juruteknik ICT di PKG Nilai) yang telah kembali ke Rahmatullah akibat kemalangan jalanraya... Semoga rohnya berada di sisi orang-orang yang soleh... Amin

18 November 2011

Selamat "BERCUTI" untuk semua warga sekolah...

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia

Wah! Seronoknya!!!! Cuti-cuti Malaysia telahpun bermula...
Untuk pelajar, memanglah seronok. Bercuti lah sakan... Tapi... untuk cikgu-cikgu... Cuti ni macam-macam versi  interpretasinya... Cuti sekadar berada di rumah... Tapi, kerja sekolah tetap dibawa ke rumah...
Apa-apa pun, rancanglah "percutian" ini dengan aktiviti yang sihat, baik dan penuh manfaat...

10 November 2011

09 November 2011

Cerita apa di minggu kedua terakhir ni ye...

Assalamualaikum...

7 - 11 November 2011 adalah minggu kedua terakhir sesi persekolahan tahun 2011... Makin hampir waktu bercuti, makin bertimbun-timbun kerja dokumentasi dan laporan yang perlu disiapkan... Aduhai... poning-poning... Yang penting buat kerja mesti ikhlas.... Bila ikhlas, baru puas!!!

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sekolah pada minggu ini:

  • Ibadah Qurban
  • Ceramah Peristiwa Qurban
  • Bengkel Samak
  • Konsert Amal SMKDS
  • Bengkel Di ambang Peperiksaan Subjek Sejarah
  • Bengkel Cemerlang BM
Untuk semua calon SPM... perjuangan anda perlu di teruskan!!! Selamat Berjaya!

10 Oktober 2011

Sebenarnya kita PERLU mencuri MASA...

Assalamualaikum...

Lama rasanya tidak berkesempatan update blog ini... Alasan mudah,  tiada ruang masa, banyak kerja dan macam-macam lagi... Eerrrm... Musykil juga... Sebab kita yang sebenarnya perlu kejar masa dan dalam keadaan tertentu, kita perlu mencuri masa...

Untuk tidak terus menyepi dan rasa  yang kuat untuk berkongsi ilmu dan maklumat bersama, saya curi masa petang (hampir waktu Maghrib) ini untuk berblog...

Berikut adalah senarai aktiviti & program sekolah yang berlangsung sehingga awal Oktober...

  • Mesyuarat Penyelarasan Aktiviti & program PSS peringkat PKG dan Introduction to Project-Based Learning.
  • Penggredan PSS peringkat PKG
  • Majlis Khatam Al-Quran & Surprise Birthday Pengetua...
  • Program Bulan Patriotisme (Majlis Perasmian & Penutup)
  • Nadwah Kepemimpinan Islam Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan
  • Teknik Menjawab SPM
  • Program CIDB - MPV Domestik
  • Welcoming School - "Jom ke Sekolah"
  • Program Potluck Raya Bersama Komuniti Labu
  • Bacaan Yassin dan Solat Hajat untuk calon PMR dan SPM
  • Majlis Redha Ilmu PMR dan SPM

Akan datang...

Kem Membaca 1Malaysia@READ2011 - Tema: "Pembacaan Pemangkin 1Malaysia".

Akhir Kalam... didoakan semoga semua pelajar SMKDS dapat menempuh peperiksaan Akhir Tahun dan SPM dengan penuh semangat dan iltizam untuk berjaya dengan cemerlang!

03 Ogos 2011

RAMADHAN YA RAMADHAN

Assalamualikum...


Buat renungan bersama...


Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda: " Permulaan Ramadhan itu adalah Rahmat, Pertenghannya adalah Keampunan (maghfirah) dan Penghujungnya adalah Kebebasan dari api neraka".

Marilah kita bersama-sama memanfaatkan peluang keemasan ini, yang hanya datang bertandang setahun sekali...

25 Julai 2011

PESTA BUKU NEGERI SEMBILAN TAHUN 2011

Assalamulaikum & Salam 1Malaysia...

Tahniah dan Syabas diucapkan kepada JAWATANKUASA GERAKAN MEMBACA
DAN PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI SEMBILAN kerana telah berjaya menganjurkan pesta buku selama seminggu iaitu dari 19 hingga 24 Julai yang lalu di Jaya Jusco Seremban 2.

Terima kasih yang tak terhingga juga diucapkan kepada pihak Jawatankuasa  di atas usaha menyediakan pengangkutan bas percuma kepada sekolah-sekolah bagi memudahkan pelajar-pelajar mengunjungi pesta buku ini.

Walaupun tidak sebesar mana ruang pamerannya, tetapi suasananya sungguh ceria dan disulami dengan aktiviti-aktiviti yang menarik seperti kuiz, sessi bersama penulis dan lain-lain lagi.

Semoga usaha murni ini dapat diteruskan lagi bagi menyemarakkan budaya membaca di kalangan pelajar dan aura cintakan buku tetap subur di dalam jiwa generasi muda pewaris negara.


Klik-klik Lensa di Pesta Buku NS 2011


21 Julai 2011

LAMAN BLOG PSS SMKDS TELAH DIKUNJUNGI ORANG DARI SELURUH DUNIA?

Salam 1 Malaysia,

Apabila saya mendapat komen dari seorang Guru dari Indonesia petang tadi, saya tertanya-tanya siapa lagi yang telah berkunjung ke blog PSS ini. 

Saya tidak pernah menjangkakan blog ini akan dilawati oleh orang dari seluruh pelusuk dunia.  Maklumlah Blog kecil-kecilan... ;-).  Lebih-lebih lagi saya jarang mengemaskini blog ini kerana kesuntukan masa menguruskan kerjaya & rumahtangga.  Akhirnya saya tersedar juga - inilah yang dinamakan "Dunia Tanpa Sempadan". 

Saya "paste"kan di bawah ini snapshot Statistik "Pageview by Country" ke atas Laman Blok PSS SMKDS dari sejak dari mula pembinaannya:
(Klik untuk gambar yang lebih besar)

Begitulah berkuasanya Internet di dalam kehidupan moden kita hari ini.  Namun perlu diingat, jika baik yang kita mahukan, baiklah jadinya.  Begitu juga sebaliknya.  Bak kata pepatah "Tepuk dada, tanyalah selera".

Moga-moga kita selalu mendapat PerlindunganNya dari perkara-perkara yang tidak patut kita lihat.


-

18 Julai 2011

WARGA PSS MENGALU-ALUKAN KEDATANGAN PENGETUA BAHARU

Salam 1Malaysia,

Seperti yang diketahui, PUAN ROSITA SALLEH (Mantan Pengetua) telah pun berpindah ke SMK Bukit Saujana kerana mematuhi syarat kenaikan pangkat beliau. Sedih rasanya bila Pengetua yang amat kami sayangi terpaksa melangkah pergi.

Namun bak kata pepatah Melayu, PATAH TUMBUH, HILANG BERGANTI!.  Pada hari ini bermulalah episod baru pentabiran SMKDS dengan kedatangan TUAN HAJI ABDUL KADIR BIN NORDIN sebagai Pengetua yang baharu.

SELAMAT DATANG & AHLAN WASAHLAN! 

Sekiranya ada kelapangan, kami warga PSS akan merasa amat bangga sekiranya Tuan Haji dapat melapangkan masa melawat PSS SMKDS.  Kami sentiasa memerlukan pengalaman dan kepakaran Tuan Haji yang pernah menjadi tenaga pengajar di Sekolah KGV yang memang telah tersohor kebitaraan PSSnya.

Jemputlah datang ke PSS !

-

17 Julai 2011

KEJUTAN DARI SURUHANJAYA KOMUNIKASI & MULTIMEDIA MALAYSIA

Salam 1Malaysia,

Ini adalah kejutan yang paling tidak saya jangkakan sejak mengendalikan blog PSS SMKDS ini. Saya amat bersyukur ke hadrat Allah walaupun sangat tidak menyangka pos saya tersebut telah menarik perhatian dari orang-orang besar di SKMM.

Berikut adalah komen dari mereka (saya copy & paste) tentang Program Rintis U-Pustaka yang saya poskan sebelum ini di SINI:

Salam Pn. Rumaizah,
Bagi pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), saya mengucapkan berbanyak terima kasih di atas daya usaha menerbitkan artikel mengenai Projek Perintis u-Pustaka ini.Sesungguhnya projek yang diilhamkan oleh jabatan kami ini memberi manfaat besar kepada seluruh rakyat terutamanya di kawasan luar bandar yang dapat menikmati kemudahan pinjaman koleksi buku dari 8 perpustakaan dan pelbagai lagi perkhidmatan maklumat yang menarik disediakan. Semoga generasi yang dipupuk di sekolah akan merealisasikan aspirasi pembentukan masyarakat berasaskan pengetahuan pada tahun 2020 kelak. Mohon agar pihak sekolah dapat mempromosikan keahlian, peminjaman dan perolehan maklumat yang ditawarkan menerusi perkhidmatan u-Pustaka ini.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, pihak puan dijemput untuk menghubungi kami.
Terima kasih.
Wassalam

Azhani Hj. As'ad
Timbalan Pengarah
Jabatan Projek Strategik SKMM
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia malaysia (SKMM)
Cyberjaya, Selangor D. Ehsan
Tel.: 03-8688 8304

atau
Profesor Madya Indahsah Hj. Sidek
Penasihat Teknikal/Pengarah
Jabatan Projek Strategik SKMM
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)
Tel. : 03-8688 8074
Emel : indah.sidek@cmc.gov.my

-

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN KE IPTA (IJAZAH PERTAMA) UNTUK LEPASAN STPM/SETARAF UNTUK KEMASUKAN SESI 2011/2012

Salam 1Malaysia,

Kepada calon STPM sesi 2010/2011 yang telah membuat permohonan ke IPTA (Ijazah Pertama) bagi kemasukan untuk sesi 2011/2012, anda boleh menyemak keputusan permohonan anda di KLIK SINI (pilih Saluran yang berkenaan) ATAU alternatifnya di KLIK SINI mulai 15hb Julai 2011.

Anda juga boleh menyemak melalui kaedah SMS seperti berikut:

Taip UPU RESULT (no. kad pengenalan) - tanpa tanda kurungan dan hantar ke 15888

Saya & semua warga SMKDS mengucapkan:

TAHNIAH & SYABAS kepada yang berjaya!

Teruskan perjuangan & ibadah kalian.  Moga-moga kecemerlangan kalian akan berterusan di dalam Jurusan yang diperolehi!

Kepada yang gagal, anda boleh membuat rayuan di Bahagian E-RAYUAN.
PERHATIAN: Tempoh untuk membuat rayuan adalah dari 15hb Julai 2011 sehingga 24hb Julai 2011 (tinggal 7 HARI sahaja lagi! - CEPAT BERTINDAK!)

Sekiranya gagal juga, saya amat berharap agar anda tidak berputus asa kerana mungkin belum rezeki anda untuk melangkahkan kaki ke Menara Gading.  Ingatlah bahawa:

ANDA TIDAK AKAN MENGECAPI NIKMAT KEJAYAAN YANG SEBENARNYA SEKIRANYA ANDA TIDAK PERNAH MERASAI KEGAGALAN! 

Bersabarlah & terus berusaha... InsyaAllah, anda akan berjaya juga akhirnya!

Terjemahan: BARANGSIAPA YANG BERUSAHA, PASTI AKAN BERJAYA!

-

13 Jun 2011

PERTANDINGAN "BIAR BUKU BICARA" 2011

Assalamualaikum, Salam Sejahtera & Salam 1Malaysia,

Sempena meraikan "HARI BUKU SEDUNIA 2011" Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menganjurkan pertandingan "BIAR BUKU BICARA" pada 26 Mei 2011 (Khamis) dengan menjemput penyertaan dari kalangan Sekolah-sekolah Menengah terpilih.

Saya telah memilih 2 orang pelajar mewakili SMKDS iaitu Norfarhana Abd. Roub (1 Abadi) & Anis Adila Musa (4 Sains). Masing-masing mempersembahkan bicara 2 buku berbeza iaitu AJAK KADIR: Mencari Buku Sakti Kasyorga karya EM Muhammad & SAHABAT KOLE KACANG: Jiwa Pendekar karya Ahmad Zafran Abdul Mutalib & Muhammad Faisal Nordin.

ALHAMDULILLAH... Norfarhanah berjaya meraih NAIB JUARA dari keseluruhan 10 peserta yang bertanding. TAHNIAH & SYABAS kepada beliau di atas persembahan yang begitu lancar & mantap, penuh keyakinan & gaya bersahaja. Tidak kurang hebatnya persembahan Anis Adila yang merdu & penuh penghayatan namun bak kata pepatah Untung Sabut Timbul, Untung Batu tenggelam, bukan semuanya rezeki kami.

Walaubagaimanapun kami merasa bertuah dapat meluaskan pengalaman & mengembangkan bakat warga SMKDS di dalam Pertandingan sebegini.

SYABAS BUAT USIM juga di atas usaha memartabatkan budaya membaca dengan pelbagai acara yang menarik.  Syukran Jazilan!

KEPUTUSAN PENUH PERTANDINGAN "BIAR BUKU BICARA 2011":
Juara:          SMK Desa Cempaka, Nilai
Naib Juara:   SMK Dato' Shahardin, Labu
Ketiga:        Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP), Labu


Berikut dititipkan beberapa gambar kenangan sepanjang pertandingan:



19 Mei 2011

MESYUARAT PERMUAFAKATAN G.P.M. (PKG NILAI) KALI KE-2 TAHUN 2011

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Terima Kasih diucapkan kepada En. Tanesh dan rakan-rakan Guru Perpustakaan & Media (GPM) kerana telah sudi bertandang ke PSS SMK Dato' Shahardin untuk menghadiri Mesyuarat tersebut pada 10hb. Mei 2011 yang lalu...

Intai-intailah wajah-wajah manis BERJIWA KENTAL GPM kita... (terima kasih buat Cikgu Noor Azizah (Guru Penyelaras Bestari SMKDS) yang sudi meluangkan masa merakam kenangan sepanjang Mesyuarat tersebut.)

Buat Semua,

Kalau ada sumur di ladang, boleh kita menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang, boleh kita berjumpa lagi...

(klik Gambar untuk besarkan)







02 Mei 2011

LAWATAN KE PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR (PBAKL 2011)


SALAM 1MALAYSIA,

Pada 27 April 2011 yang lalu, saya bersama seorang rakan guru, Puan Wan Marina Ismail, telah berkesempatan membawa 42 pelajar SMKDS ke PBAKL2011 yang berlangsung di PWTC. 

PBAKL adalah satu destinasi lawatan tahunan yang saya telah anjurkan sejak tahun 2008.  Banyak pengalaman & bahan yang boleh diperolehi di PBAKL yang membuatkan saya menjadikannya acara wajib di dalam Takwim PSS.

Untuk kali ini saya ingin berkongsi tentang satu Enjin Carian PUSAT RUJUKAN PERSURATAN MELAYU (PRPM) yang diwujudkan di dalam GERBANG MAYA  DEWAN BAHASA & PUSTAKA (DBP).

PRPM ini merupakan satu kemudahan yang disediakan oleh DBP untuk pengguna Internet membuat rujukan berkaitan Bahasa Melayu.  Enjin Carian ini membolehkan pengguna mencari maklumat secara holistik yang merentasi semua pengkalan data DBP, Laman DBP & Laman Bahasa dan Persuratan Melayu yang ditentukan oleh DBP.

Maklumat ini merangkumi semua maklumat di dalam pengkalan data DBP yg dikategorikan mengikut Domain-Domain spt:
  • Kamus & Istilah
  • Panduan
  • Perkhidmatan
  • Artikel
  • Karyawan
  • Puisi
  • Tesaurus
  • Karya
  • Ensiklopedia
  • Buku
  • Khidmat Nasihat

PROJEK RINTIS U-PUSTAKA


SALAM 1MALAYSIA,

Baru-baru ini sebuah Portal yang diberi nama U-PUSTAKA telah dilancarkan oleh Kerajaan.  Ianya diinovasikan untuk menyediakan akses kepada kandungan dan perkhidmatan maklumat untuk ahli-ahli u-Pustaka secara efisyen, bersepadu, telus, pada bila-bila masa dan di mana sahaja menerusi dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Portal u-Pustaka menggalakkan penyertaan bagi pengalaman pembelajaran sepanjang hayat untuk kesemua ahli u-Pustaka dan ahli atas talian menerusi komponen penerbitan web, kolaborasi, pengurusan kandungan dan perkhidmatan peminjaman dan pemulangan bahan maklumat.

Berikut adalah serapan yang diambil dari Portal tersebut:

Projek Perintis U-PUSTAKA merupakan satu inovasi yang memanifestasikan sinergi kolaboratif dari Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan sokongan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) serta ahli-ahli Konsortium u-Pustaka seperti berikut:


•Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS),
•Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS),
•Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang (PPAP),
•Pustaka Negeri Sarawak (Pustaka),
•Perpustakaan Kuala Lumpur (PKL),
•Perpustakaan INTAN Bukit Kiara dan
•Perpustakaan Negeri Sabah.

Seiringan dengan itu, Projek Perintis u-Pustaka direalisasikan menerusi kolaborasi inovatif bersama/dengan agensi-agensi berikut:

•Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
•Unit Perancang Ekonomi (EPU)
•Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia(JPN)
•Pusat Kecemerlangan Teknologi Sensor (NEST), Universiti Putra Malaysia
•Pos Malaysia Berhad (PMB)
•FPX Gateway Sdn Bhd (dulu dikenali sebagai Malaysian Electronic Payment System Sdn. Bhd (MEPS))
•Bank Islam Malaysia Berhad
•Touch 'n Go Sdn Bhd

09 Mac 2011

SISTEM AUTOMASI PUSAT SUMBER SECARA ONLINE


 Sejak OKTOBER 2010 kami telah mula mengunakan perkhidmatan TARANTULA-PS SENTRAL untuk Sistem Automasi Pengkatalogan, i-Nilam & Pinjaman-Pemulangan koleksi semua bahan yang terdapat di Pusat Sumber Sekolah. 

Anda boleh melihat statistik terkini Koleksi Pusat Sumber kami secara "ONLINE & REALTIME."

CARANYA:

Dalam Ruangan ps-SENTRAL (Carian Pusat Sumber berasaskan Negeri) Sila pilih Negeri Sembilan di ruangan "pull-down" NEGERI & SMK Dato' Shahardin (NEA4098) di ruangan SEKOLAH. Kemudian klik "WebOPAC Pusat Sumber" untuk melihat statistk kesediaan koleksi kami.

Anda seterusnya boleh melihat membuat carian semua bahan yang terdapat di dalam Katalog Kami di bahagian "Carian Koleksi".

NOTA:
Untuk Paparan terbaik sila gunakan Pelayar MOZILLA v.3.0 / SAFARI 3.2/ GOOGLE CHROME v.4.0 ke atas.

Cubalah!


27 Februari 2011

BACA & DOWNLOAD E-BOOK ILMIAH SECARA PERCUMA


Laman Web NetLibrary di http://www.netlibrary.com/ menyediakan ribuan Buku Elektronik (E-Books) termasuk Ensiklopedia Islam yang boleh dibaca, dimuatturun & dicetak secara percuma.

Gunakan mana-mana Username & Password sepertimana yang dirajahkan di dalam halaman PAUTAN ini untuk mengaksesnya.

SELAMAT MEMBACA & MENAMBAH ILMU!

20 Februari 2011

MAKLUMAN BERKAITAN INSTRUMEN STANDARD GURU MALAYSIA (SGM) SECARA ONLINE

Para guru sekalian, silalah lawat laman web di bawah ini untuk mengisi instrumen soal selidik SGM secara online.
 
http://www.moe.gov.my/sgm/

Sekiranya perkhidmatan online tersebut tidak dapat diakses, anda boleh "download" versi "offline"nya (format Excel yang telah saya "zip") di ruangan "Fail PilihanKu" > folder "AM" di sebelah kanan ruangan ini.

Failnya agak besar walaupun setelah di"zip"kan (2.8mb). Harap dapat bersabar semasa muatturun... 

  

PROGRAM AKAN DATANG.....

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LDP)

"BENGKEL MENGOPTIMUMKAN PENGGUNAAN DAN PENGINTEGRASIAN SUMBER PENDIDIKAN BERASASKAN ICT DALAM P&P KE ARAH PEMBESTARIAN PENDIDIKAN"

TARIKH :  1 MAC 2011 (SELASA)
MASA :   2:45pm - 4:30pm 


MINGGU PROMOSI PUSAT SUMBER & WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS PSS

TEMA :
"MEMBACA... KEMBARA MINDA YANG INFINIT"

TARIKH :  7 MAC 2011 (ISNIN)
MASA :  7:35am


17 Februari 2011

MESYUARAT GPM KALI (1)

Diucapkan SELAMAT DATANG kepada En. Tanesh selaku Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Nilai yang baru (menggantikan En. Rizal yang telah bertukar ke BTPNNS, Port Dickson).

Sekalung Tahniah juga diucapkan kepada semua Warga PKG Nilai di atas kejayaan anda semua mewujudkan blog kalian sendiri di

Sangat menarik dan informatif!

SYABAS & KEKALKAN USAHA KALIAN!

----------------------------------------------------------------
 - Man Jadda, Wajada! -
(Barangsiapa yang berusaha bersungguh-sungguh, pasti akan Berjaya!)
----------------------------------------------------------------