19 Mei 2011

MESYUARAT PERMUAFAKATAN G.P.M. (PKG NILAI) KALI KE-2 TAHUN 2011

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Terima Kasih diucapkan kepada En. Tanesh dan rakan-rakan Guru Perpustakaan & Media (GPM) kerana telah sudi bertandang ke PSS SMK Dato' Shahardin untuk menghadiri Mesyuarat tersebut pada 10hb. Mei 2011 yang lalu...

Intai-intailah wajah-wajah manis BERJIWA KENTAL GPM kita... (terima kasih buat Cikgu Noor Azizah (Guru Penyelaras Bestari SMKDS) yang sudi meluangkan masa merakam kenangan sepanjang Mesyuarat tersebut.)

Buat Semua,

Kalau ada sumur di ladang, boleh kita menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang, boleh kita berjumpa lagi...

(klik Gambar untuk besarkan)







02 Mei 2011

LAWATAN KE PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR (PBAKL 2011)


SALAM 1MALAYSIA,

Pada 27 April 2011 yang lalu, saya bersama seorang rakan guru, Puan Wan Marina Ismail, telah berkesempatan membawa 42 pelajar SMKDS ke PBAKL2011 yang berlangsung di PWTC. 

PBAKL adalah satu destinasi lawatan tahunan yang saya telah anjurkan sejak tahun 2008.  Banyak pengalaman & bahan yang boleh diperolehi di PBAKL yang membuatkan saya menjadikannya acara wajib di dalam Takwim PSS.

Untuk kali ini saya ingin berkongsi tentang satu Enjin Carian PUSAT RUJUKAN PERSURATAN MELAYU (PRPM) yang diwujudkan di dalam GERBANG MAYA  DEWAN BAHASA & PUSTAKA (DBP).

PRPM ini merupakan satu kemudahan yang disediakan oleh DBP untuk pengguna Internet membuat rujukan berkaitan Bahasa Melayu.  Enjin Carian ini membolehkan pengguna mencari maklumat secara holistik yang merentasi semua pengkalan data DBP, Laman DBP & Laman Bahasa dan Persuratan Melayu yang ditentukan oleh DBP.

Maklumat ini merangkumi semua maklumat di dalam pengkalan data DBP yg dikategorikan mengikut Domain-Domain spt:
  • Kamus & Istilah
  • Panduan
  • Perkhidmatan
  • Artikel
  • Karyawan
  • Puisi
  • Tesaurus
  • Karya
  • Ensiklopedia
  • Buku
  • Khidmat Nasihat

PROJEK RINTIS U-PUSTAKA


SALAM 1MALAYSIA,

Baru-baru ini sebuah Portal yang diberi nama U-PUSTAKA telah dilancarkan oleh Kerajaan.  Ianya diinovasikan untuk menyediakan akses kepada kandungan dan perkhidmatan maklumat untuk ahli-ahli u-Pustaka secara efisyen, bersepadu, telus, pada bila-bila masa dan di mana sahaja menerusi dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Portal u-Pustaka menggalakkan penyertaan bagi pengalaman pembelajaran sepanjang hayat untuk kesemua ahli u-Pustaka dan ahli atas talian menerusi komponen penerbitan web, kolaborasi, pengurusan kandungan dan perkhidmatan peminjaman dan pemulangan bahan maklumat.

Berikut adalah serapan yang diambil dari Portal tersebut:

Projek Perintis U-PUSTAKA merupakan satu inovasi yang memanifestasikan sinergi kolaboratif dari Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan sokongan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) serta ahli-ahli Konsortium u-Pustaka seperti berikut:


•Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS),
•Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS),
•Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang (PPAP),
•Pustaka Negeri Sarawak (Pustaka),
•Perpustakaan Kuala Lumpur (PKL),
•Perpustakaan INTAN Bukit Kiara dan
•Perpustakaan Negeri Sabah.

Seiringan dengan itu, Projek Perintis u-Pustaka direalisasikan menerusi kolaborasi inovatif bersama/dengan agensi-agensi berikut:

•Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
•Unit Perancang Ekonomi (EPU)
•Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia(JPN)
•Pusat Kecemerlangan Teknologi Sensor (NEST), Universiti Putra Malaysia
•Pos Malaysia Berhad (PMB)
•FPX Gateway Sdn Bhd (dulu dikenali sebagai Malaysian Electronic Payment System Sdn. Bhd (MEPS))
•Bank Islam Malaysia Berhad
•Touch 'n Go Sdn Bhd