25 Julai 2011

PESTA BUKU NEGERI SEMBILAN TAHUN 2011

Assalamulaikum & Salam 1Malaysia...

Tahniah dan Syabas diucapkan kepada JAWATANKUASA GERAKAN MEMBACA
DAN PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI SEMBILAN kerana telah berjaya menganjurkan pesta buku selama seminggu iaitu dari 19 hingga 24 Julai yang lalu di Jaya Jusco Seremban 2.

Terima kasih yang tak terhingga juga diucapkan kepada pihak Jawatankuasa  di atas usaha menyediakan pengangkutan bas percuma kepada sekolah-sekolah bagi memudahkan pelajar-pelajar mengunjungi pesta buku ini.

Walaupun tidak sebesar mana ruang pamerannya, tetapi suasananya sungguh ceria dan disulami dengan aktiviti-aktiviti yang menarik seperti kuiz, sessi bersama penulis dan lain-lain lagi.

Semoga usaha murni ini dapat diteruskan lagi bagi menyemarakkan budaya membaca di kalangan pelajar dan aura cintakan buku tetap subur di dalam jiwa generasi muda pewaris negara.


Klik-klik Lensa di Pesta Buku NS 2011


21 Julai 2011

LAMAN BLOG PSS SMKDS TELAH DIKUNJUNGI ORANG DARI SELURUH DUNIA?

Salam 1 Malaysia,

Apabila saya mendapat komen dari seorang Guru dari Indonesia petang tadi, saya tertanya-tanya siapa lagi yang telah berkunjung ke blog PSS ini. 

Saya tidak pernah menjangkakan blog ini akan dilawati oleh orang dari seluruh pelusuk dunia.  Maklumlah Blog kecil-kecilan... ;-).  Lebih-lebih lagi saya jarang mengemaskini blog ini kerana kesuntukan masa menguruskan kerjaya & rumahtangga.  Akhirnya saya tersedar juga - inilah yang dinamakan "Dunia Tanpa Sempadan". 

Saya "paste"kan di bawah ini snapshot Statistik "Pageview by Country" ke atas Laman Blok PSS SMKDS dari sejak dari mula pembinaannya:
(Klik untuk gambar yang lebih besar)

Begitulah berkuasanya Internet di dalam kehidupan moden kita hari ini.  Namun perlu diingat, jika baik yang kita mahukan, baiklah jadinya.  Begitu juga sebaliknya.  Bak kata pepatah "Tepuk dada, tanyalah selera".

Moga-moga kita selalu mendapat PerlindunganNya dari perkara-perkara yang tidak patut kita lihat.


-

18 Julai 2011

WARGA PSS MENGALU-ALUKAN KEDATANGAN PENGETUA BAHARU

Salam 1Malaysia,

Seperti yang diketahui, PUAN ROSITA SALLEH (Mantan Pengetua) telah pun berpindah ke SMK Bukit Saujana kerana mematuhi syarat kenaikan pangkat beliau. Sedih rasanya bila Pengetua yang amat kami sayangi terpaksa melangkah pergi.

Namun bak kata pepatah Melayu, PATAH TUMBUH, HILANG BERGANTI!.  Pada hari ini bermulalah episod baru pentabiran SMKDS dengan kedatangan TUAN HAJI ABDUL KADIR BIN NORDIN sebagai Pengetua yang baharu.

SELAMAT DATANG & AHLAN WASAHLAN! 

Sekiranya ada kelapangan, kami warga PSS akan merasa amat bangga sekiranya Tuan Haji dapat melapangkan masa melawat PSS SMKDS.  Kami sentiasa memerlukan pengalaman dan kepakaran Tuan Haji yang pernah menjadi tenaga pengajar di Sekolah KGV yang memang telah tersohor kebitaraan PSSnya.

Jemputlah datang ke PSS !

-

17 Julai 2011

KEJUTAN DARI SURUHANJAYA KOMUNIKASI & MULTIMEDIA MALAYSIA

Salam 1Malaysia,

Ini adalah kejutan yang paling tidak saya jangkakan sejak mengendalikan blog PSS SMKDS ini. Saya amat bersyukur ke hadrat Allah walaupun sangat tidak menyangka pos saya tersebut telah menarik perhatian dari orang-orang besar di SKMM.

Berikut adalah komen dari mereka (saya copy & paste) tentang Program Rintis U-Pustaka yang saya poskan sebelum ini di SINI:

Salam Pn. Rumaizah,
Bagi pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), saya mengucapkan berbanyak terima kasih di atas daya usaha menerbitkan artikel mengenai Projek Perintis u-Pustaka ini.Sesungguhnya projek yang diilhamkan oleh jabatan kami ini memberi manfaat besar kepada seluruh rakyat terutamanya di kawasan luar bandar yang dapat menikmati kemudahan pinjaman koleksi buku dari 8 perpustakaan dan pelbagai lagi perkhidmatan maklumat yang menarik disediakan. Semoga generasi yang dipupuk di sekolah akan merealisasikan aspirasi pembentukan masyarakat berasaskan pengetahuan pada tahun 2020 kelak. Mohon agar pihak sekolah dapat mempromosikan keahlian, peminjaman dan perolehan maklumat yang ditawarkan menerusi perkhidmatan u-Pustaka ini.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, pihak puan dijemput untuk menghubungi kami.
Terima kasih.
Wassalam

Azhani Hj. As'ad
Timbalan Pengarah
Jabatan Projek Strategik SKMM
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia malaysia (SKMM)
Cyberjaya, Selangor D. Ehsan
Tel.: 03-8688 8304

atau
Profesor Madya Indahsah Hj. Sidek
Penasihat Teknikal/Pengarah
Jabatan Projek Strategik SKMM
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)
Tel. : 03-8688 8074
Emel : indah.sidek@cmc.gov.my

-

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN KE IPTA (IJAZAH PERTAMA) UNTUK LEPASAN STPM/SETARAF UNTUK KEMASUKAN SESI 2011/2012

Salam 1Malaysia,

Kepada calon STPM sesi 2010/2011 yang telah membuat permohonan ke IPTA (Ijazah Pertama) bagi kemasukan untuk sesi 2011/2012, anda boleh menyemak keputusan permohonan anda di KLIK SINI (pilih Saluran yang berkenaan) ATAU alternatifnya di KLIK SINI mulai 15hb Julai 2011.

Anda juga boleh menyemak melalui kaedah SMS seperti berikut:

Taip UPU RESULT (no. kad pengenalan) - tanpa tanda kurungan dan hantar ke 15888

Saya & semua warga SMKDS mengucapkan:

TAHNIAH & SYABAS kepada yang berjaya!

Teruskan perjuangan & ibadah kalian.  Moga-moga kecemerlangan kalian akan berterusan di dalam Jurusan yang diperolehi!

Kepada yang gagal, anda boleh membuat rayuan di Bahagian E-RAYUAN.
PERHATIAN: Tempoh untuk membuat rayuan adalah dari 15hb Julai 2011 sehingga 24hb Julai 2011 (tinggal 7 HARI sahaja lagi! - CEPAT BERTINDAK!)

Sekiranya gagal juga, saya amat berharap agar anda tidak berputus asa kerana mungkin belum rezeki anda untuk melangkahkan kaki ke Menara Gading.  Ingatlah bahawa:

ANDA TIDAK AKAN MENGECAPI NIKMAT KEJAYAAN YANG SEBENARNYA SEKIRANYA ANDA TIDAK PERNAH MERASAI KEGAGALAN! 

Bersabarlah & terus berusaha... InsyaAllah, anda akan berjaya juga akhirnya!

Terjemahan: BARANGSIAPA YANG BERUSAHA, PASTI AKAN BERJAYA!

-