03 Januari 2013

BACK TO SCHOOL!!!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera......

Aduhai... dah lama tak update blog kesayangan ni...
Cuti sakan lah katakan...

Apapun, tahun 2012 telah meninggalkan kita dengan seribu kenangan pahit dan manis...
kini, tahun 2013 telah membuka tirainya...
Semoga kita dapat  meniti hari-hari seterusnya dengan Iman Ilmu & Amal...

Oh ya... Tahniah buat pelajar PMR yang telah berjaya dengan cemerlang...
kepada yang kurang cemerlang, usaha lagi... jangan risau...  SPM kan ada...  Buktikan yang anda juga boleh cemerlang!!!

ZULBAHRI... Tahniah kerana menjadi bintang SMKDS (Wakil pengawas PSS)!!! 9A tuuu... Semoga Hijrah yang bakal ditempuh dapat menyuntik semangat baru untuk terus berjaya hingga ke menara Gading!!!  Berjaya dunia & akhirat... Aaminn !Jangan lupa kami di sini ye...

Khas buat cikgu-cikgu...

FROG VLE is comingggggg!!!

"PLAN YOUR WORK, WORK YOUR PLAN"



14 September 2012

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Terlewat rasanya untuk mengucapkan Salam Kemerdekaan 31 Ogos... namun, rasa bangga tetap tersemat di jiwa kita dalam menyambut Kemerdekaan negara yang telah menginjak ke 55 tahun!

2 hari lagi, kita akan meraikan Hari Malaysia. Bintulu telah terpilih menjadi tuan rumah.  Tahniah orang Sarawak kerana akan menerima kehadiran barisan tertinggi pemimpin negara sempena menyambut hari bersejarah ini...

Ketika ini pula Malaysia sedang meraikan kehadiran Duke dan Duchess of Cambridge, Putera William dan isterinya, Catherine yang di dalam lawatan rasmi empat hari di sini.

Malaysia merupakan destinasi kedua selepas Singapura dalam lawatan selama sembilan hari pasangan diraja itu ke negara Asia Tenggara dan Asia Pasifik bagi mewakili Ratu Elizabeth II bersempena sambutan 60 tahun pemerintahan baginda. Selamat datang!... Silakan...


KEMERDEKAAN MALAYSIA KE - 55 TAHUN



HARI MALAYSIA  KALI KE- 49 TAHUN

 
 

 



KALI PERTAMA SELEPAS 55 TAHUN 

MAKA tercatatlah lagi satu kisah.... HARI INI DALAM SEJARAH !
 

20 Julai 2012

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK !

Sebagaimana pengumuman oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia iaitu Datuk Syed Danial Syed Ahmad, Sabtu ini (21 Julai) bermulalah episod Ibadah Puasa sebulan Ramadhan yang diwajibkan ke atas seluruh Umat Islam.

Di kesempatan ini Cikgu ingin mengucapkan Ramadhan al-Mubarak 1433H kepada semua umat Islam di seluruh dunia amnya dan semua warga Islam SMKDS khasnya.


Cikgu juga ingin memohon ampun & maaf andai terdapat apa-apa kesalahan pada semua. Mudah-mudahan kita melangkah ke dalam bulan yang mulia ini dengan tubuh & jiwa yang suci dengan niat ikhlas 100% kerana Allah SWT.


Semoga ibadah Ramadhan kita tahun ini cantik sempurna & diterima Allah sepenuhnya.

Di sini Cikgu ingin berkongsi serba sedikit perkara asas yang perlu kita ketahui:

Syarat Wajib Puasa:
a) Islam
b) baligh
c) berakal
d) berupaya (sihat)
e) bermukim

Syarat Sah Puasa:
a) Islam
b) Berakal
c) Suci dari haid & Nifas sepanjang masa puasa
d) Niat (waktunya ialah dari masuk waktu Maghrib hingga sebelum masuk waktu Subuh)

Rukun Puasa:
a) Niat berpuasa
b) Menahan diri dari makan & minum serta perkara-perkara yang membatalkannya

Masa Puasa:
Puasa bermula dari terbit fajar sodiq (subuh) hingga terbenam matahari.

NIAT PUASA SEBULAN:
Maksud : Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta'ala.


NIAT PUASA HARIAN:

Maksud : Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala


RUKHSAH (Kelonggaran):

Orang Islam yang diberi kelonggaran diperbolehkan untuk tidak puasa Ramadhan, tetapi wajib mengqadha di bulan lain, mereka itu ialah:
1)  Orang sakit yang masih ada harapan sembuh.
2) Orang dalam safar melebihi 2 marhalah@90km (Musafir). Musafir yang merasa kuat boleh meneruskan puasa dalam safarnya, tetapi yang merasa lemah dan berat lebih baik berbuka, dan makruh memaksakan diri untuk puasa.

Orang Islam yang diberi kelonggaran diperbolehkan untuk tidak mengerjakan puasa Ramadhan dan tidak wajib mengqadha, tetapi wajib membayar fidyah (memberi makan sehari seorang miskin). Mereka adalah orang yang tidak lagi mampu mengerjakan puasa karena:
1)  Umurnya sangat tua dan lemah.
2)  Wanita yang menyusui bayi dan khuatir akan kesehatan bayinya.
3)  Karena mengandung dan  khuatir akan kesihatan dirinya.
4)  Sakit bertahun-tahun yang tidak ada harapan sembuh.
5)  Orang yang sehari-hari kerjanya berat yang tidak mungkin mampu dikerjakan sambil puasa, dan tidak mendapat pekerjaan lain yang ringan.

Jika ada yang tersilap harap maklumkan ye! Allahu A'lam...

11 Julai 2012

Pertandingan Memasak Chef Remaja Maggi 2012

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tahniah diucapkan kepada pasukan sekolah kerana telah berjaya dinobatkan sebagai JOHAN peringkat NEGERI dalam Pertandingan Memasak Chef Remaja Maggi 2012 pada 10 Julai 2012 lalu.

Semoga berjaya di peringkat kebangsaan yang akan diadakan pada bulan Oktober di Sarawak nanti.  INSYA-ALLAH...

S  Y  A  B  A  S  !!!
 
 

Senamrobik Serentak 1Malaysia - Pelancaran Bulan Kecergasan peringkat sekolah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pelancaran Bulan Kecergasan peringkat sekolah telah diadakan pada 10 Julai 2012 dengan tema:

"1Malaysia 1Kecergasan 1Murid 1Sukan"

Sempena pelancaran program ini, acara "Senamrobik 1Malaysia" wajib dilaksanakan secara serentak di seluruh Malaysia.

Berikut adalah selayang pemandangan di SMKDS sepanjang Bulan Kecergasan yang berlangsung dari 1 - 31 Julai 2012: