14 September 2012

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Terlewat rasanya untuk mengucapkan Salam Kemerdekaan 31 Ogos... namun, rasa bangga tetap tersemat di jiwa kita dalam menyambut Kemerdekaan negara yang telah menginjak ke 55 tahun!

2 hari lagi, kita akan meraikan Hari Malaysia. Bintulu telah terpilih menjadi tuan rumah.  Tahniah orang Sarawak kerana akan menerima kehadiran barisan tertinggi pemimpin negara sempena menyambut hari bersejarah ini...

Ketika ini pula Malaysia sedang meraikan kehadiran Duke dan Duchess of Cambridge, Putera William dan isterinya, Catherine yang di dalam lawatan rasmi empat hari di sini.

Malaysia merupakan destinasi kedua selepas Singapura dalam lawatan selama sembilan hari pasangan diraja itu ke negara Asia Tenggara dan Asia Pasifik bagi mewakili Ratu Elizabeth II bersempena sambutan 60 tahun pemerintahan baginda. Selamat datang!... Silakan...


KEMERDEKAAN MALAYSIA KE - 55 TAHUN



HARI MALAYSIA  KALI KE- 49 TAHUN

 
 

 



KALI PERTAMA SELEPAS 55 TAHUN 

MAKA tercatatlah lagi satu kisah.... HARI INI DALAM SEJARAH !
 

20 Julai 2012

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK !

Sebagaimana pengumuman oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia iaitu Datuk Syed Danial Syed Ahmad, Sabtu ini (21 Julai) bermulalah episod Ibadah Puasa sebulan Ramadhan yang diwajibkan ke atas seluruh Umat Islam.

Di kesempatan ini Cikgu ingin mengucapkan Ramadhan al-Mubarak 1433H kepada semua umat Islam di seluruh dunia amnya dan semua warga Islam SMKDS khasnya.


Cikgu juga ingin memohon ampun & maaf andai terdapat apa-apa kesalahan pada semua. Mudah-mudahan kita melangkah ke dalam bulan yang mulia ini dengan tubuh & jiwa yang suci dengan niat ikhlas 100% kerana Allah SWT.


Semoga ibadah Ramadhan kita tahun ini cantik sempurna & diterima Allah sepenuhnya.

Di sini Cikgu ingin berkongsi serba sedikit perkara asas yang perlu kita ketahui:

Syarat Wajib Puasa:
a) Islam
b) baligh
c) berakal
d) berupaya (sihat)
e) bermukim

Syarat Sah Puasa:
a) Islam
b) Berakal
c) Suci dari haid & Nifas sepanjang masa puasa
d) Niat (waktunya ialah dari masuk waktu Maghrib hingga sebelum masuk waktu Subuh)

Rukun Puasa:
a) Niat berpuasa
b) Menahan diri dari makan & minum serta perkara-perkara yang membatalkannya

Masa Puasa:
Puasa bermula dari terbit fajar sodiq (subuh) hingga terbenam matahari.

NIAT PUASA SEBULAN:
Maksud : Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta'ala.


NIAT PUASA HARIAN:

Maksud : Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala


RUKHSAH (Kelonggaran):

Orang Islam yang diberi kelonggaran diperbolehkan untuk tidak puasa Ramadhan, tetapi wajib mengqadha di bulan lain, mereka itu ialah:
1)  Orang sakit yang masih ada harapan sembuh.
2) Orang dalam safar melebihi 2 marhalah@90km (Musafir). Musafir yang merasa kuat boleh meneruskan puasa dalam safarnya, tetapi yang merasa lemah dan berat lebih baik berbuka, dan makruh memaksakan diri untuk puasa.

Orang Islam yang diberi kelonggaran diperbolehkan untuk tidak mengerjakan puasa Ramadhan dan tidak wajib mengqadha, tetapi wajib membayar fidyah (memberi makan sehari seorang miskin). Mereka adalah orang yang tidak lagi mampu mengerjakan puasa karena:
1)  Umurnya sangat tua dan lemah.
2)  Wanita yang menyusui bayi dan khuatir akan kesehatan bayinya.
3)  Karena mengandung dan  khuatir akan kesihatan dirinya.
4)  Sakit bertahun-tahun yang tidak ada harapan sembuh.
5)  Orang yang sehari-hari kerjanya berat yang tidak mungkin mampu dikerjakan sambil puasa, dan tidak mendapat pekerjaan lain yang ringan.

Jika ada yang tersilap harap maklumkan ye! Allahu A'lam...

11 Julai 2012

Pertandingan Memasak Chef Remaja Maggi 2012

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tahniah diucapkan kepada pasukan sekolah kerana telah berjaya dinobatkan sebagai JOHAN peringkat NEGERI dalam Pertandingan Memasak Chef Remaja Maggi 2012 pada 10 Julai 2012 lalu.

Semoga berjaya di peringkat kebangsaan yang akan diadakan pada bulan Oktober di Sarawak nanti.  INSYA-ALLAH...

S  Y  A  B  A  S  !!!
 
 

Senamrobik Serentak 1Malaysia - Pelancaran Bulan Kecergasan peringkat sekolah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pelancaran Bulan Kecergasan peringkat sekolah telah diadakan pada 10 Julai 2012 dengan tema:

"1Malaysia 1Kecergasan 1Murid 1Sukan"

Sempena pelancaran program ini, acara "Senamrobik 1Malaysia" wajib dilaksanakan secara serentak di seluruh Malaysia.

Berikut adalah selayang pemandangan di SMKDS sepanjang Bulan Kecergasan yang berlangsung dari 1 - 31 Julai 2012:

 









01 Julai 2012

CONTOH KERJA KURSUS SEJARAH PMR 2012

PERHATIAN KEPADA SEMUA CALON PMR 2012:

Mulai 1 JULAI 2012, anda seharusnya sudah mula menghantar Kerja Kursus Sejarah anda untuk dinilai.

Saya telah pun meneliti beberapa Kerja Kursus & ada yang saya rasa boleh dikatakan cukup bagus untuk dijadikan contoh.

Contoh Kertas Kerja tersebut telah pun saya "upload" di sini. Anda boleh "download" fail tersebut di ruangan FAIL PILIHANKU (di dalam folder SEJARAH) di kolum sebelah kanan blog ini.

INGAT!
IANYA ADALAH UNTUK TUJUAN RUJUKAN SEMATA-MATA.
TIRU-MENIRU ADALAH DILARANG SAMA SEKALI!

Selepas "download" tu janganlah lupa tinggalkan apa-apa ucapan atau komen di sini ye... :)

29 Jun 2012

DEWEY ALERT!! HOUSEKEEPING!!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Dah lama sebenarnya nak check rak buku...
Tapi super busy lak...
Nak jadi cerita... bila check... MasyaAllah! Buku disusun tak mengikut no. perpuluhan Dewey...
Dah jadi rojak dah....

Apalagi.... CALL for HOUSEKEEPING!!! Kenalah pengawas PSS stayback after school...



Haaa tengok lah... Tengah susun semula buku ikut no. perpuluhan Dewey... Penat jugaklah....



Alahaiii... huru-hara PSS "Buana Pustaka" ku!

Tak pasal-pasal Cikgu pun kena menyusun.  Khusyuk betul si Shahidan ni buat kerja.  Baguusss...

Azraie & Azreen memang boleh diharap!  Dalam sibuk-sibuk pun sempat "posing" lagi?


20 Jun 2012

Minggu Teknik Dan Vokasional... (18 - 22 Jun 2012)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Waktu Kokurikulum (hari Rabu) diwarnai dengan pelbagai aktiviti yang menarik sempena Minggu Teknik dan Vokasional... Ada 4 program yang dijalankan serentak pada waktu ini...

Di Dewan Gemilang   -Ceramah Pengguna.

Di Kantin                   -Pertandingan Menghias Cup Cake, Masterchef SMKDS
                                  dan Gubahan Sejadah.

Memang Happening!!! sampai terlupa nak snap gambar banyak-banyak...  Lagipun sebenarnya saya cuba- cuba menghias cup cake.... This is my first time... ok tak? he he he...




16 Jun 2012

Peristiwa Israk dan Mikraj... 27 Rejab... Ingatlah dan Insaflah!

Assalamualaikum w.b.t...

Peristiwa Isra' dan Mi'raj adalah amat penting untuk dihalusi, difahami dan dihayati oleh semua umat Islam..... Allah telah menjemput Rasulullah untuk mengembara dan meneroka alam Akhirat..... Pelbagai gambaran azab dan nikmat ditunjukkan kepada Rasulullah. Inilah keistimewaan dan anugerah daripada Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Serba ringkas mengenai Peristiwa Israk dan Mikraj ialah....
"Peristiwa perjalanan Rasulullah S.A.W bersama malaikat Jibril dan Mikail yang boleh dibahagikan kepada dua fasa. Israk yakni perjalanan Nabi SAW menaiki binatang Buraq dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa, di Baitulmaqdis, Palestin. Mikraj ialah perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit yang ketujuh.Perjalanan Rasulullah S.A.W ini telah diabadikan oleh Allah S.W.T di dalam Al-Quran, Surah Al-Isra' ayat 1 yang bermaksud : "Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidilharam ke Al Masjidilaqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
Masjid Al-Aqsa
Masjidil Haram





11 Jun 2012

KERJA KURSUS SEJARAH PMR 2012

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Khas buat semua pelajar tingkatan 3 (calon PMR 2012)...

Kerja Kursus Sejarah 21/2 bertajuk : "Produk Tempatan Negara Kita Malaysia"

(CONTOH KERJA KURSUS ADA DI SINI: http://pss4smkds.blogspot.com/2012/07/kerja-kursus-sejarah-pmr-2012.html)

Pada hari Sabtu 9 Jun 2012 yang lalu, cikgu  telah membawa Dzul Bahri, Azraie dan Asyraf Syarul Syah ke Ekspo Barangan Buatan Malaysia yang telah diadakan di PWTC Kuala Lumpur...

Misi utama ialah untuk mencari dan mengumpul maklumat tentang produk Kopi Hang Tuah yang menjadi tajuk pilihan pelajar ini...

Alhamdulillah... Sesi temuramah, merakam gambar dan suara bersama pegawai pemasaran syarikat Kopi Hang Tuah telah dapat dijalankan dengan jayanya...

Pelbagai Info baru dan menarik dapat dikumpul untuk  dijadikan bahan  bagi menyiapkan kerja kursus  sejarah ini..

Untuk maklumat lanjut tentang barangan buatan Malaysia sila layari :

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/isu-nasional/178-kepenggunaan/2646-kempen-belilah-barangan-buatan-malaysia.html

http://www.kpdnkk.gov.my/web/guest/home


Rakaman lensa sepanjang jejak maklumat di ekspo yang sangat menarik ini... Cikgu teruja dan seronok mengumpul maklumat tentang produk buatan Malaysia...  "local yet international"

Rupa-rupanya macam-macam ada...








03 Jun 2012

KALIMAH ALLAH DI LANGIT.... Subhanallah!

Assalamualaikum w.b.t.

Terpana seketika...Terkedu tanpa kata... Hati tersentuh...

Hanya mulut terkeluar kalimah Subhanallah!!! Allahuakbar!!!

Kalimah Allah tertera di langit yang biru... Awan putih membentuk kalimah ALLAH!!!

Gambar yang sangat-sangat istimewa ini dirakam berhampiran kilang SKFdi Nilai ketika kami sekeluarga dalam perjalanan ke Pameran Buku READ 2012 (The Mines) pada 30 Mei 2012 yang lalu.

Shot pertama dirakam pada 3:04:48pm manakala shot kedua (zoomed) pula pada 3:05:04pm. Dirakam menggunakan H/Phone Nokia N95 8GB suami (oldschool workhorse phone yang ada CARL ZEISS optic tu! hehehe...)

Note: Ambil masa jugak untuk park kereta... so angin dah rebakkan sikit-sikit imejnya ... Tapi still jelas kelihatan kalimah ALLAH (tulisan Arab)....

Subhanallah!!! Allahuakbar!!!


Kursus dan Bengkel Pengawas Pusat Sumber SMK KLIA tahun 2012

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pada 29 Mei 2012 yang lalu, satu perkongsian ilmu dan pengalaman mengenai pengurusan Pusat Sumber Sekolah telah diadakan bersama-sama Pengawas Pusat Sumber SMKKLIA...

Semoga kita bersama-sama dapat memanfaatkan dan mempraktikkan ilmu yang dikongsi bersama...

The best part, semua pengawas PSS SMKKLIA wajib menghafal "sifir" Nombor Perpuluhan Dewey...
Tahniah semua!!!

Kenangan manis bersama Guru dan Pengawas PSS SMKKLIA






Jamuan Makan untuk Bintang Sekolah...

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera...

Satu majlis jamuan makan khas telah diadakan bagi meraikan bintang-bintang sekolah bersama guru pengiring masing-masing yang telah mengharumkan nama sekolah di dalam pertandingan-pertandingan (Kokurikulum & kurikulum) yang telah disertai...




 Terima Kasih.... Kami rasa dihargai...

Oppsss gambar pelajar tak de pulak dalam koleksi... cikgu-cikgunye aje ada... maaf ye...



BENGKEL ICT BERSAMA PANITIA ERT DAERAH SEREMBAN TAHUN 2012

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera....

Pada 23 Mei 2012 yang lalu, satu perkongsian ilmu mengenai ICT dalam P&P telah dijalankan di Makmal ICT SMKDS...

Antara pengisian bengkel ini adalah...

1. Makluman mengenai pelaksanaan Pembesarian sekolah yang telah berada di fasa ke-4 (2010 - 2020), iaitu, fasa terakhir (Kelestarian Pembestarian, Kreatif dan Inovatif ). Kelestarian bermaksud sesuatu yang tetap dan tidak berubah! Ini bermakna cikgu wajib guna ICT dalam proses P&P. Cikgu Dinosaur vs guru Transformer!!!! (Cikgu Dinosaur masih guna kapur dan papan hitam vs Cikgu Transformer guna ICT).

2. Penerangan mengenai kaedah P&P menggunakan Eduweb TV dan Kampus Astro.








Aduhai...  manisnya wajah-wajah cikgu bestari...