š FALSAFAH
PENDIDIKAN KEBANGSAAN š
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke
arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis daripada segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini
adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran, masyarakat dan negara.
š VISI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA š
Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang
š MISI KEMENTERIAN
PELAJARAN MALAYSIA š
Membangunkan Potensi Individu Melalui Pendidikan
Berkualiti
š MATLAMAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
š
1.
Melahirkan bangsa
Malaysia yang taat setia dan bersatupadu.
2.
Melahirkan insan
yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketrampilan dan sejahtera.
3.
Menyediakan sumber tenaga manusia
untuk keperluan dan kemajuan negara.
4.
Memberi peluang pendidikan kepada
semua warganegara Malaysia .
š PIAGAM PELANGGAN KPM š
KAMI WARGA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM BERIKRAR DAN BERJANJI
AKAN MENUMPUKAN SELURUH TENAGA DAN USAHA KAMI UNTUK
1. Menyediakan sistem pendidikan
terbaik berasaskan budaya ilmu bagi memenuhi
kehendak
individu, masyarakat dan negara serta
memenuhi matlamat perpaduan
negara.
2. Menentukan keluaran sistem pendidikan
mempunyai nilai - nilai teras yang
ditetapkan dan ciri - ciri yang
selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
3. Memberi peluang yang sama kepada
setiap kanak - kanak tanpa mengira latar
belakang,
agama dan keturunan untuk mendapat pendidikan
yang sebaik - baiknya.
4. Mewujudkan jentera dan sistem pengurusan
yang cekap, berkesan, canggih,
dinamik
dan berteraskan kepada pembaharuan yang
berkesan.
5. Menguruskan kerja dengan cekap,
pantas dan bijaksana.
6. Menyediakan staf yang mencukupi serta
berdedikasi, komited, terlatih, berdisiplin, bertanggungjawab dan produktif.
7. Menyediakan kemudahan - kemudahan pendidikan
yang selesa, lengkap dan mencukupi berteraskan piawaian-piawaian tertentu
selaras dengan pengalaman perkhidmatan penyayang.
8. Memastikan kementerian sentiasa peka dan
responsif kepada kehendak - kehendak dan keperluan-keperluan pelanggan, murid,
guru, masyarakat dan negara / kerajaan.
9. Meningkatkan kegemilangan dan memartabatkan
profesion perguruan untuk
menarik individu - individu yang terbaik menyertai perkhidmatan pendidikan.
KAMI WARGA KEMENTERIAN BERSEDIA DAN AKAN MENIMBANGKAN APA
JUA YANG DIKEMUKAKAN KEPADA KEMENTERIAN BERKAITAN DENGAN PELAKSANAAN PIAGAM
PELANGGAN INI.
“Terbilang Di Kalangan Terbaik”
|
š IKRAR PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA š
Kami yang
telah dilantik,
Berkhidmat
dengan kerajaan Malaysia
Membuat
ikrar di sini,
Bahawa,
semasa dan selagi kami,
Berkhidmat
dengan kerajaan Malaysia,
Kami patuh
dan mengamalkan,
Teras-teras
perkhidmatan,
Semasa
menjalankan tugas-tugas,
Ke arah ini, kami :
- Berazam
meninggikan mutu perkhidmatan
- Bekerja dengan penuh tanggungjawab
- Berusaha mengikis sikap mementingkan diri
- Berkhidmat dengan penuh muhibah dan kemesraan
- Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan
pembangunan negara
- Bekerjasama dalam membanteras kelemahan dan
musuh-musuh negara
- Berpegang teguh kepada ajaran agama
š VISI SEKOLAH š
Sekolah
Menengah Kebangsaan Dato’ Shahardin
Menjadi
Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang
š MISI SEKOLAH š
Membangun
Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti
š FALSAFAH SEKOLAH š
Memberi
pendidikan kepada semua murid tanpa mengira kaum, agama dan bangsa. Semua murid
boleh dididik dan diasuh. Semua murid adalah aset yang penting untuk
pembangunan negara.
š MOTO SEKOLAH š
BERUSAHA
UNTUK KEJAYAAN
š OBJEKTIF SEKOLAH š
·
Melahirkan generasi yang seimbang dan harmonis daripada
segi jasmani, emosi, rohani dan intelek selaras dengan Falsafah Pendidikan
Negara.
· Meningkatkan mutu pendidikan masyarakat setempat dan
negara secara keseluruhannya.
·
Mewujudkan generasi berilmu sejajar dengan matlamat
negara.
·
Melahirkan budaya saling hormat - menghormati antara satu
sama lain.
·
Melahirkan masyarakat bermoral yang berpegang teguh
kepada nilai-nilai murni.
·
Mewujudkan keinginan untuk mencapai keputusan yang
cemerlang dalam setiap bidang yang diceburi.
·
Menjadikan sekolah ini “Terbilang dalam Kalangan Terbaik” peringkat negeri.
PIAGAM SEKOLAH
PIAGAM PELANGGAN
Í GURU DAN STAF SOKONGAN SEKOLAH
1.
Memastikan kebajikan guru dan staf sokongan terbela dalam
persekitaran
kerja
yang selesa.
2.
Memastikan agihan tugas diberi mengikut bidang kepakaran
masing-masing.
3.
Membina budaya kerja dan sahsiah yang unggul dan
cemerlang.
Í MURID
1. Memastikan semua murid
mendapat pendidikan yang seimbang dari aspek
kurikulum, kokurikulum dan sahsiah.
2. Memastikan semua murid
mendapat layanan mesra dan adil.
3. Memastikan semua murid
dapat belajar dalam persekitaran kondusif dan
selamat.
Í IBU BAPA/PENJAGA
1. Memastikan ibu
bapa/penjaga yang berurusan dengan pihak sekolah dilayan
dengan baik, mesra, cepat dan memuaskan.
2. Memastikan segala aduan
daripada ibu bapa/penjaga akan mendapat perhatian
dan tindakan segera.
3. Mewujudkan kerjasama dan
hubungan yang erat antara ibu bapa/penjaga
dengan
warga sekolah.
Í KOMUNITI
1. Memberi ruang kepada
komuniti memberi pandangan dalam menyelesaikan
permasalahan murid.
2. Mewujudkan hubungan
kerjasama dengan komuniti dalam menjayakan program
sekolah.
3. Memupuk semangat
kekeluargaan antara komuniti dengan warga sekolah.
Í STAKEHOLDER
1. Memastikan semua urusan
daripada pihak Jabatan Pelajaran Negeri dan
Pejabat Pelajaran Daerah dapat disempurnakan dalam masa
yang ditetapkan.
2. Mematuhi sepenuhnya pekeliling dan arahan yang
dikeluarkan oleh Kementerian
Pelajaran
Jemaah Nazir Sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat
Pelajaran Daerah.
3. Memastikan setiap
pegawai yang berurusan dengan sekolah mendapat layanan yang mesra.
BIL.
|
PERKARA
|
|
1.
|
Nama dan Alamat Sekolah
Sekolah Menengah
Kebangsaan Dato Shahardin,
71900 Labu,
Negeri Sembilan
D.K.
|
|
2.
|
Kod
Sekolah
NEA4098
|
3. Lokasi
Luar bandar |
4.
|
Daerah Pentadbiran
LABU |
5. PPD
SEREMBAN |
6.
|
Gred Sekolah
A |
7. Jenis
Bantuan
Sekolah Kerajaan |
8.
|
Saluran Komunikasi
Telefon : 06-7911963 Faksimlli : 06-7916293 |
|
9.
|
Nama Pengetua
Hj. Ab. Kadir b. Hj Nordin |
|
10.
|
Keluasan
Sekolah
15 ekar (6.07 hektar) |
11. Sesi PersekoIahan
1 Sesi |
12.
|
Bilangan
Guru : 70 orang
|
|
13.
|
Bilangan Murid :
865 orang (Ting. Peralihan hingga Ting.5)
|
|
14.
|
Tingkatan Tertinggi : 5
|
|
15.
|
Berasrama : Tiada
|
š SEJARAH SMK DATO’ SHAHARDIN š
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Shahardin atau dikenali
juga sebagai Sekolah Menengah Labu mula beroperasi pada tanggal 1 Januari 1980.
Ketika itu sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Rendah Labu. Apabila
beroperasi, sekolah ini tidak mempunyai bangunan sendiri. Pada mulanya
menumpang di tiga buah sekolah rendah iaitu ; Sekolah Kebangsaan Labu, Batu 10
( untuk tingkatan 1 ), Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan ( C ) Min Shing ( untuk
murid peralihan ) dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan ( T ) Batu 10 ( untuk
murid pemulihan ).
Pengetua
pertamanya ialah En.Hardial Singh dan dibantu oleh 6 orang guru bersama-sama
seorang pembantu pejabat dan seorang pekerja am sekolah. Jumlah muridnya pula
adalah seramai 120 orang.
Murid
sekolah ini datang dari lokasi yang berhampiran sekolah dan mereka terdiri
daripada muid-murid Melayu, Cina, India dan Orang Asli. Mereka mempunyai latar
belakang status sosio ekonomi yang berbeza-beza dan majoritinya adalah
berpendapatan sederhana dan rendah. SRJK Min Shing, SRJK Tamil Labu dan SRK
Labu adalah 4 buah sekolah saluran ( feeder school ) kepada SMK Dato’
Shahardin.
Mulai
tahun itu, jumlah murid makin bertambah. Mulai tahun 1991 nama sekolah ini telah ditukar daripada Sekolah Menengah
Rendah Labu kepada Sekolah Menengah Labu kerana 2 kelas tingkatan 4 telah
dibuka dengan seramai 53 orang murid mengikuti aliran sastera. Oleh kerana
bilangan murid telah bertambah maka sebuah bangunan baharu dengan 4 buah bilik
darjah telah dibina.
Menjelang
pertengahan tahun 1992 sebuah surau untuk murid-murid Islam telah dibina. Sebelum
ini mereka terpaksa bersolat dan menjalankan aktiviti agama di sebuah bilik
darjah sahaja. Pada tahun yang sama mata pelajaran Literasi Komputer telah
diperkenalkan dan peperiksaan SPM buat pertama kali dijalankan.
Pada
tahun 1993 bangunan baharu sekolah ini iaitu 3 makmal sains tulen telah siap
sepenuhnya . Pada tahun 1996 kelas
aliran agama telah dimulakan. Pada
tahun 1997 sekolah ini telah dinaikkan ke Gred A . Menjelang 1998 pengubahsuaian
beberapa bangunan sekolah seperti bilik pengetua, bilik penolong kanan, bilik
guru, bilik kaunseling dan pejabat sekolah telah dibuat. Garaj kereta, astaka
perhimpunan, pondok ilmu, penurapan jalan dalam kawasan sekolah telah dibuat
pada tahun 1999.
Pada
tahun 2000, 6 unit rumah guru telah disiap bina . Pada tahun 2001 pula bangunan
10 buah kelas dan makmal komputer telah siap dibina. Pada tahun 2005 nama sekolah ini ditukarkan kepada SMK Dato’
Shahardin, Labu, sempena nama mantan wakil rakyat kawasan ini. Majlis
pertukaran nama sekolah ini telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Utama Haji
Mohamad bin Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan. Pada tahun 2006
pengubahsuaian dan menaik taraf jalan masuk ke sekolah, bilik guru, Pusat
Sumber Sekolah dan tapak perhimpunan. Pada tahun 2007 pula bangunan kelas 4
tingkat bersama dewan mula dibina dan perasmiannya telah dilakukan pada tahun
2010 oleh Menteri Besar Negeri Sembilan iaitu Yang Amat Berhormat Dato’ Seri
Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan.
Pelbagai
perubahan telah dialami oleh SMK Dato’ Shahardin agar setanding dengan
sekolah-sekolah menengah di daerah Seremban. Sejak penubuhannya pada tahun 2001,
jumlah murid telah mencecah kepada 900 orang pelajar dengan tenaga pengajar
seramai 70 orang dan pekerja am seramai 10 orang. Pengetua saling berganti,
seramai 9 orang pengetua telah menerajui sekolah ini dan yang terkini (2011)
dipimpin oleh Tuan Haji Abdul Kadir B. Haji Nordin.SMK Dato’ Shahardin telah
banyak merakam dan mencipta kejayaan dalam bidang akademik, hal-ehwal murid dan
kokurikulum. Visi sekolah sentiasa berusaha ke arah kecemerlangan akademik,
sahsiah dan kokurikulum dalam merealisasikan aspirasi dan kehendak negara atas
usaha bersepadu pihak pengurusan sekolah, staf akademik dan sokongan,
murid-murid dan PIBG.
š SENARAI
NAMA PENGETUA SMK DATO’ SHAHARDIN š
BIL.
|
NAMA
|
TEMPOH BERKHIDMAT
|
1.
|
EN. HARDIAL SINGH
|
1980-1983
|
2.
|
EN. L. SHANMUGAMNATHAN
|
1983-1984
|
3.
|
EN. ABD GHANI B. IDRIS
|
1984-1986
|
4.
|
TN. HJ. MOHD PILUS B.
YUNUS
|
1987-1990
|
5.
|
EN. JOHARI B. MOHD ISA
|
1991-2001
|
6.
|
PN. HJH NAEMAH BT HJ.
MD. SAHIB
|
2001-2005
|
7.
|
PN. HJH. FARADED BT
MOHD DOM
|
2005-2007
|
8.
|
PN. ROSITA BT SALLEH
|
2007- JUN 2011
|
9.
|
HJ. ABD. KADIR B. HJ.
NORDIN
|
JULAI 2011
|
KETERANGAN WARNA LENCANA SEKOLAH
PUTIH SUCI
KUNING BERCITA-CITA
TINGGI
HIJAU IMAN
MERAH BERANI
BIRU KETENANGAN
KETERANGAN SIMBOL LENCANA SEKOLAH
OBOR PENYULUH
BUKU ILMU
GELUNG KESUKANAN
š LAGU SEKOLAH š
Berdiri megah
melafazkan setia
SMKDS sekolah tercinta
Rajin berusaha
bersatu kita
Kecermelangan
harapan kita
Rukun negara panduan semua
Mendukung hasrat nusa
bangsa
Tingkatkan ilmu sepanjang masa
Wawasan terlaksana
**Mendakap jaya
mencapai cita
Jasamu guru dan
ibubapa
Membuka minda terus
berjaya
Menjana pembangunan negara
š LAGU NEGERI SEMBILAN š
Berkatlah Yang
Dipertuan Besar,
Di Negeri Sembilan,
Kurniai Sihat Dan
Makmur,
Kasihi Rakyat
Lanjutkan Umur,
Akan Berkati Sekelian Yang Setia,
Musuhnya Habis Binasa,
Berkatlah Yang Dipertuan Besar, Di Negeri Sembilan.
š KEMUDAHAN PRASARANA
SEKOLAH š
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Shahardin mempunyai beberapa kemudahan
untuk pelajar-pelajar supaya mereka dapat menjalani proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah
dengan lebih kondusif dan efektif.
PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSS)
a) Perpustakaan
Tempat terdapatnya banyak buku
rujukan dan buku cerita untuk dijadikan buku
pembelajaran di sekolah atau di rumah oleh semua warga sekolah.
b) Makmal Komputer
Bangunan 2 tingkat yang mempunyai kemudahan 40 buah komputer, 2
Pencetak Laser Berwarna, 2 Projektor
dan kemudahan internet wireless
broadband / Streamyx.
c) Bilik Tayangan
Kemudahan yang terdapat dibilik ini ialah TV , VCR,VCD,
radio dan bahan media.Bilik ini boleh digunakan untuk kegunaan pada waktu
pembelajaran dan pengajaran (P&P),waktu kelas ganti,kelas tambahan,aktiviti
kokurikulum,tempat belajar secara berkumpulan dan aktiviti-aktiviti lain.
d) Bilik Komputer (Bilik KDP)
Terdapat 21 buah komputer, Pencetak dan Pengimbas.Bilik ini
juga menjalankan aktiviti literasi komputer di bawah program Pusat Perkembangan
Kurikulum.Antara perisiannya MS Word, MS Excell dan MS Power Point.Selain itu,
makmal ini juga menyediakan kemudahan untuk mengakses internet tanpa wayar
(wireless Internet)
Bilik ini berfungsi sebagai pusat pendekatan pembelajaran
yang memberi akses kepada sumber pembelajaran dan kebolehan pelajar memperolehi
pengetahuan dan kemahiran secara berdikari.
f) Taman Herba
Mempamerkan pelbagai jenis
tanaman herba yang diusahakan oleh panitia
Kemahiran Hidup
g) Taman Sains
Mempamerkan pelbagai jenis spesies
tumbuhan dan pemeliharaan ikan hiasan.
h) Bilik Bahan Bantu Mengajar
Menempatkan koleksi bahan bantu mengajar bagi kemudahan
menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.
i) Bilik Gerakan
Bilik Mesyuarat, In-House
Training , Bengkel ,Taklimat mempamerkan Carta Organisasi Sekolah, Data-data
Analisa Peperiksaan, Sijil Anugerah,
Pencapaian dan profail Sekolah.
j) Galeri Sejarah
Tempat yang mengandungi maklumat-maklumat yang berkaitan
dengan sejarah dan bahan terkini tentang Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Shahardin.
k) Pondok Bacaan dan Pondok Bahasa Arab
Tempat menambahkan ilmu sambil berehat atau mengulangkaji pelajaran diluar waktu pembelajaran dan pengajaran (P&P).
1- Bilik Kaunseling Kerjaya
Bilik di mana pelajar-pelajar dan warga sekolah mendapatkan
perkhidmatan berkaitan bimbingan,kerjaya dan kaunseling secara individu dan
kelompok. Selain itu,bilik ini
turut memberi kemudahan rujukan kepada para pelajar berkaitan peluang-peluang
selepas tamat zaman persekolahan.
2- Bilik Penilaian dan Peperiksaan
Tempat pengumpulan bahan-bahan
peperiksaan (bank soalan).Selain itu, bilik ini
turut memberi kemudahan penyelenggaraan
soalan-soalan ujian dan peperiksaan
3. Bilik SPBT (Buku Teks)
Tempat penyimpanan buku-buku
teks hak milik kerajaan yang akan diedarkan
kepada pelajar yang layak melalui
Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT).
4- Dewan Serbaguna
Digunakan apabila mengadakan program-program besar
seperti sambutan Hari
Guru, minggu Silaturrahim,ceramah,bengkel
dan sebagainya.
5. Bengkel Landskap
Mempunyai pelbagai kemudahan menjalankan mata pelajaran Landskap
secara
amali dan praktikal
6. Bengkel Domestik
Mempunyai pelbagai kemudahan menjalankan mata pelajaran Domestik
secara
amali dan praktikal
7. Surau
Kemudahan menjalankan amali
solat bagi pelajar sekolah
8. Bilik Dokumentasi
Bilik yang dijadikan pusat penyimpanan fail-fail maklumat
pelajar, bidang matapelajaran, panitia dan ppengurusan sekolah.
Kemudahan mengendalikan kes-kes
disiplin pelajar
10. Billik Pengawas
Bilik operasi badan Pengawas
sekolah
11. Makmal Sains/
Biologi/Fizik/Kimia
Dilengkapi dengan kemudahan alatan sains bagi menjalankan
proses pengajaran dan pembelajaran subjek
sains teras dan sains tulen
12. Bilik
PIBG
Dilengkapi dengan kemudahan
Menjalankan tgas-tugas pentadbiran PIBG di
Sekolah.
KEBAJIKAN MURID
Terdapat beberapa kemudahan tambahan untuk menjaga kebajikan murid - murid
seperti:
1. Kantin
Memudahkan para murid dan warga S.M.K.D.S membeli makanan dan
minuman pada waktu-waktu yang tertentu.
2. Koperasi
Menjual barang-barang keperluan pembelajaran dan
pengajaran kepada warga sekolah.
3. Bilik Kesihatan dan Rawatan
Bilik yang memberi ruang rehat
bagi murid - murid yang kurang sihat.
4. Biasiswa/Bantuan Kewangan
Murid - murid yang layak menerima
biasiswa seperti Yayasan, Kementerian
dan Negeri.
5. Bilik Rawatan Pergigian
Menyediakan kemudahan rawatan
gigi kepada para pelajar.
Tahniah!!! Sentiasa berjaya menghasilkan bahan rujukan yg berkualiti. -- mj@smkts--
BalasPadamrindu smkds sangat2!!
BalasPadamI miss my school...rndu cikgu zuraya sesngat...
Padam