
SALAM 1MALAYSIA,
Baru-baru ini sebuah Portal yang diberi nama U-PUSTAKA telah dilancarkan oleh Kerajaan. Ianya diinovasikan untuk menyediakan akses kepada kandungan dan perkhidmatan maklumat untuk ahli-ahli u-Pustaka secara efisyen, bersepadu, telus, pada bila-bila masa dan di mana sahaja menerusi dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Portal u-Pustaka menggalakkan penyertaan bagi pengalaman pembelajaran sepanjang hayat untuk kesemua ahli u-Pustaka dan ahli atas talian menerusi komponen penerbitan web, kolaborasi, pengurusan kandungan dan perkhidmatan peminjaman dan pemulangan bahan maklumat.
Berikut adalah serapan yang diambil dari Portal tersebut:
Projek Perintis U-PUSTAKA merupakan satu inovasi yang memanifestasikan sinergi kolaboratif dari Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan sokongan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) serta ahli-ahli Konsortium u-Pustaka seperti berikut:
•Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), •Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS),
•Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang (PPAP),
•Pustaka Negeri Sarawak (Pustaka),
•Perpustakaan Kuala Lumpur (PKL),
•Perpustakaan INTAN Bukit Kiara dan
•Perpustakaan Negeri Sabah.
Seiringan dengan itu, Projek Perintis u-Pustaka direalisasikan menerusi kolaborasi inovatif bersama/dengan agensi-agensi berikut:
•Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
•Unit Perancang Ekonomi (EPU)
•Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia(JPN)
•Pusat Kecemerlangan Teknologi Sensor (NEST), Universiti Putra Malaysia
•Pos Malaysia Berhad (PMB)
•FPX Gateway Sdn Bhd (dulu dikenali sebagai Malaysian Electronic Payment System Sdn. Bhd (MEPS))
•Bank Islam Malaysia Berhad
•Touch 'n Go Sdn Bhd