13 Jun 2011

PERTANDINGAN "BIAR BUKU BICARA" 2011

Assalamualaikum, Salam Sejahtera & Salam 1Malaysia,

Sempena meraikan "HARI BUKU SEDUNIA 2011" Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menganjurkan pertandingan "BIAR BUKU BICARA" pada 26 Mei 2011 (Khamis) dengan menjemput penyertaan dari kalangan Sekolah-sekolah Menengah terpilih.

Saya telah memilih 2 orang pelajar mewakili SMKDS iaitu Norfarhana Abd. Roub (1 Abadi) & Anis Adila Musa (4 Sains). Masing-masing mempersembahkan bicara 2 buku berbeza iaitu AJAK KADIR: Mencari Buku Sakti Kasyorga karya EM Muhammad & SAHABAT KOLE KACANG: Jiwa Pendekar karya Ahmad Zafran Abdul Mutalib & Muhammad Faisal Nordin.

ALHAMDULILLAH... Norfarhanah berjaya meraih NAIB JUARA dari keseluruhan 10 peserta yang bertanding. TAHNIAH & SYABAS kepada beliau di atas persembahan yang begitu lancar & mantap, penuh keyakinan & gaya bersahaja. Tidak kurang hebatnya persembahan Anis Adila yang merdu & penuh penghayatan namun bak kata pepatah Untung Sabut Timbul, Untung Batu tenggelam, bukan semuanya rezeki kami.

Walaubagaimanapun kami merasa bertuah dapat meluaskan pengalaman & mengembangkan bakat warga SMKDS di dalam Pertandingan sebegini.

SYABAS BUAT USIM juga di atas usaha memartabatkan budaya membaca dengan pelbagai acara yang menarik.  Syukran Jazilan!

KEPUTUSAN PENUH PERTANDINGAN "BIAR BUKU BICARA 2011":
Juara:          SMK Desa Cempaka, Nilai
Naib Juara:   SMK Dato' Shahardin, Labu
Ketiga:        Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP), Labu


Berikut dititipkan beberapa gambar kenangan sepanjang pertandingan: