PROFIL SMK DATO' SHAHARDIN


 
 
 
 
 
 
 
 
š FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN š

 

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis daripada segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran, masyarakat dan negara.



š VISI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA š

Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang

 


š MISI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA š

Membangunkan Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

 
 

š MATLAMAT KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA š

1.    Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatupadu.

2.    Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketrampilan dan sejahtera.

3.    Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan dan kemajuan negara.

4.    Memberi peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.

 

 
š PIAGAM PELANGGAN KPM š

 

KAMI WARGA KEMENTERIAN PENDIDIKAN DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM BERIKRAR DAN BERJANJI AKAN MENUMPUKAN SELURUH TENAGA DAN USAHA KAMI UNTUK

 

1.   Menyediakan sistem pendidikan terbaik berasaskan budaya ilmu bagi memenuhi

      kehendak individu, masyarakat dan negara serta memenuhi matlamat perpaduan

      negara.

 

2.   Menentukan keluaran sistem pendidikan mempunyai nilai - nilai teras yang

      ditetapkan dan ciri - ciri yang selaras dengan Falsafah   Pendidikan Kebangsaan.

 

3.   Memberi peluang yang sama kepada setiap kanak - kanak tanpa mengira latar

      belakang, agama dan keturunan untuk mendapat pendidikan yang sebaik - baiknya.

 

4.   Mewujudkan jentera dan sistem pengurusan yang cekap, berkesan, canggih,

      dinamik dan berteraskan kepada pembaharuan yang berkesan.

 

5.   Menguruskan kerja dengan cekap, pantas dan bijaksana.

 

6.  Menyediakan staf yang mencukupi serta berdedikasi, komited, terlatih, berdisiplin,      bertanggungjawab dan produktif. 

 

7.   Menyediakan kemudahan - kemudahan pendidikan yang selesa, lengkap dan mencukupi berteraskan piawaian-piawaian tertentu selaras dengan pengalaman perkhidmatan penyayang.

 

8.   Memastikan kementerian sentiasa peka dan responsif kepada kehendak - kehendak dan keperluan-keperluan pelanggan, murid, guru, masyarakat dan negara / kerajaan.

 

9.   Meningkatkan kegemilangan dan memartabatkan profesion     perguruan untuk

      menarik individu - individu  yang terbaik menyertai perkhidmatan pendidikan.

 

KAMI WARGA KEMENTERIAN BERSEDIA DAN AKAN MENIMBANGKAN APA JUA YANG DIKEMUKAKAN KEPADA KEMENTERIAN BERKAITAN DENGAN PELAKSANAAN PIAGAM PELANGGAN INI.

 
“Terbilang Di Kalangan Terbaik”
 

 







š IKRAR PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA š

Kami yang telah dilantik,

Berkhidmat dengan kerajaan Malaysia

Membuat ikrar di sini,

Bahawa, semasa dan selagi kami,

Berkhidmat dengan kerajaan Malaysia,

Kami patuh dan mengamalkan,

Teras-teras perkhidmatan,

Semasa menjalankan tugas-tugas,

Ke arah ini, kami :

  • Berazam meninggikan mutu perkhidmatan
  • Bekerja dengan penuh tanggungjawab
  • Berusaha mengikis sikap mementingkan diri
  • Berkhidmat dengan penuh muhibah dan kemesraan
  • Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara
  • Bekerjasama dalam membanteras kelemahan dan musuh-musuh negara
  • Berpegang teguh kepada ajaran agama

 
 
  HALA TUJU SEKOLAH

 

š VISI SEKOLAH š

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Shahardin

Menjadi Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang

 

š MISI SEKOLAH š

Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

 

š FALSAFAH SEKOLAH š

Memberi pendidikan kepada semua murid tanpa mengira kaum, agama dan bangsa. Semua murid boleh dididik dan diasuh. Semua murid adalah aset yang penting untuk pembangunan negara.

 

š MOTO SEKOLAH š

BERUSAHA UNTUK KEJAYAAN

 

 

š OBJEKTIF SEKOLAH š

·                  Melahirkan generasi yang seimbang dan harmonis daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

·                 Meningkatkan mutu pendidikan masyarakat setempat dan negara secara keseluruhannya.

·                  Mewujudkan generasi berilmu sejajar dengan matlamat negara.

·                  Melahirkan budaya saling hormat - menghormati antara satu sama lain.

·                  Melahirkan masyarakat bermoral yang berpegang teguh kepada nilai-nilai murni.

·                 Mewujudkan keinginan untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam setiap bidang  yang diceburi.

·                  Menjadikan sekolah ini “Terbilang dalam Kalangan Terbaik” peringkat negeri.

 


PIAGAM SEKOLAH

 

 

PIAGAM PELANGGAN

 

Í GURU DAN STAF SOKONGAN SEKOLAH

1.        Memastikan kebajikan guru dan staf sokongan terbela dalam persekitaran

                kerja yang selesa.

2.        Memastikan agihan tugas diberi mengikut bidang kepakaran masing-masing.

3.        Membina budaya kerja dan sahsiah yang unggul dan cemerlang.

 

Í MURID

1.  Memastikan semua murid mendapat pendidikan yang seimbang dari aspek

kurikulum, kokurikulum dan sahsiah.

2.  Memastikan semua murid mendapat layanan mesra dan adil.

3.  Memastikan semua murid dapat belajar dalam persekitaran kondusif dan

    selamat.

 

Í IBU BAPA/PENJAGA

1.  Memastikan ibu bapa/penjaga yang berurusan dengan pihak sekolah dilayan

dengan baik, mesra, cepat dan memuaskan.

2.  Memastikan segala aduan daripada ibu bapa/penjaga akan mendapat perhatian

dan tindakan segera.

3.  Mewujudkan kerjasama dan hubungan yang erat antara ibu bapa/penjaga

     dengan  warga sekolah.

 

Í KOMUNITI

1.  Memberi ruang kepada komuniti memberi pandangan dalam menyelesaikan

permasalahan murid.

2.  Mewujudkan hubungan kerjasama dengan komuniti dalam menjayakan program

sekolah.

3.  Memupuk semangat kekeluargaan antara komuniti dengan warga sekolah.

 

 

Í STAKEHOLDER

1.  Memastikan semua urusan daripada pihak Jabatan Pelajaran Negeri dan

Pejabat Pelajaran Daerah dapat disempurnakan dalam masa yang ditetapkan.

       2. Mematuhi sepenuhnya pekeliling dan arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian

            Pelajaran Jemaah Nazir Sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat

Pelajaran Daerah.

3.  Memastikan setiap pegawai yang berurusan dengan sekolah mendapat layanan yang  mesra. 

 
BIL.
 
PERKARA
1.
Nama dan Alamat Sekolah
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Shahardin,
71900 Labu,
Negeri Sembilan D.K.
2.
Kod Sekolah
NEA4098
3. Lokasi
    Luar bandar
4.
Daerah Pentadbiran
LABU
5. PPD
 
    SEREMBAN
6.
Gred Sekolah
A
7. Jenis Bantuan
   
Sekolah Kerajaan
8.
Saluran Komunikasi
Telefon : 06-7911963
Faksimlli : 06-7916293
9.
Nama Pengetua
Hj. Ab. Kadir b. Hj Nordin
10.
Keluasan Sekolah
15 ekar (6.07 hektar)
11. Sesi PersekoIahan
      1 Sesi
12.
Bilangan Guru                : 70 orang
13.
Bilangan Murid               : 865 orang (Ting. Peralihan hingga Ting.5)
14.
Tingkatan Tertinggi        : 5
15.
Berasrama                       : Tiada

 

 




















š SEJARAH SMK DATO’ SHAHARDIN š

 

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Shahardin atau dikenali juga sebagai Sekolah Menengah Labu mula beroperasi pada tanggal 1 Januari 1980. Ketika itu sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Rendah Labu. Apabila beroperasi, sekolah ini tidak mempunyai bangunan sendiri. Pada mulanya menumpang di tiga buah sekolah rendah iaitu ; Sekolah Kebangsaan Labu, Batu 10 ( untuk tingkatan 1 ), Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan ( C ) Min Shing ( untuk murid peralihan ) dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan ( T ) Batu 10 ( untuk murid pemulihan ).

            Pengetua pertamanya ialah En.Hardial Singh dan dibantu oleh 6 orang guru bersama-sama seorang pembantu pejabat dan seorang pekerja am sekolah. Jumlah muridnya pula adalah seramai 120 orang.

            Murid sekolah ini datang dari lokasi yang berhampiran sekolah dan mereka terdiri daripada muid-murid Melayu, Cina, India dan Orang Asli. Mereka mempunyai latar belakang status sosio ekonomi yang berbeza-beza dan majoritinya adalah berpendapatan sederhana dan rendah. SRJK Min Shing, SRJK Tamil Labu dan SRK Labu adalah 4 buah sekolah saluran ( feeder school ) kepada SMK Dato’ Shahardin.

            Mulai tahun itu, jumlah murid makin bertambah. Mulai tahun 1991 nama sekolah ini telah ditukar daripada Sekolah Menengah Rendah Labu kepada Sekolah Menengah Labu kerana 2 kelas tingkatan 4 telah dibuka dengan seramai 53 orang murid mengikuti aliran sastera. Oleh kerana bilangan murid telah bertambah maka sebuah bangunan baharu dengan 4 buah bilik darjah telah dibina.

            Menjelang pertengahan tahun 1992 sebuah surau untuk murid-murid Islam telah dibina. Sebelum ini mereka terpaksa bersolat dan menjalankan aktiviti agama di sebuah bilik darjah sahaja. Pada tahun yang sama mata pelajaran Literasi Komputer telah diperkenalkan dan peperiksaan SPM buat pertama kali dijalankan.

            Pada tahun 1993 bangunan baharu sekolah ini iaitu 3 makmal sains tulen telah siap sepenuhnya . Pada  tahun 1996 kelas aliran agama telah dimulakan. Pada tahun 1997 sekolah ini telah dinaikkan ke Gred A . Menjelang 1998 pengubahsuaian beberapa bangunan sekolah seperti bilik pengetua, bilik penolong kanan, bilik guru, bilik kaunseling dan pejabat sekolah telah dibuat. Garaj kereta, astaka perhimpunan, pondok ilmu, penurapan jalan dalam kawasan sekolah telah dibuat pada tahun 1999.

            Pada tahun 2000, 6 unit rumah guru telah disiap bina . Pada tahun 2001 pula bangunan 10 buah kelas dan makmal komputer telah siap dibina. Pada tahun 2005 nama  sekolah ini ditukarkan kepada SMK Dato’ Shahardin, Labu, sempena nama mantan wakil rakyat kawasan ini. Majlis pertukaran nama sekolah ini telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan. Pada tahun 2006 pengubahsuaian dan menaik taraf jalan masuk ke sekolah, bilik guru, Pusat Sumber Sekolah dan tapak perhimpunan. Pada tahun 2007 pula bangunan kelas 4 tingkat bersama dewan mula dibina dan perasmiannya telah dilakukan pada tahun 2010 oleh Menteri Besar Negeri Sembilan iaitu Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan.

            Pelbagai perubahan telah dialami oleh SMK Dato’ Shahardin agar setanding dengan sekolah-sekolah menengah di daerah Seremban. Sejak penubuhannya pada tahun 2001, jumlah murid telah mencecah kepada 900 orang pelajar dengan tenaga pengajar seramai 70 orang dan pekerja am seramai 10 orang. Pengetua saling berganti, seramai 9 orang pengetua telah menerajui sekolah ini dan yang terkini (2011) dipimpin oleh Tuan Haji Abdul Kadir B. Haji Nordin.SMK Dato’ Shahardin telah banyak merakam dan mencipta kejayaan dalam bidang akademik, hal-ehwal murid dan kokurikulum. Visi sekolah sentiasa berusaha ke arah kecemerlangan akademik, sahsiah dan kokurikulum dalam merealisasikan aspirasi dan kehendak negara atas usaha bersepadu pihak pengurusan sekolah, staf akademik dan sokongan, murid-murid dan PIBG.





š SENARAI NAMA PENGETUA SMK DATO’ SHAHARDIN š

 

 

BIL.
NAMA
TEMPOH BERKHIDMAT
1.
EN. HARDIAL SINGH
1980-1983
2.
EN. L. SHANMUGAMNATHAN
1983-1984
3.
EN. ABD GHANI B. IDRIS
1984-1986
4.
TN. HJ. MOHD PILUS B. YUNUS
1987-1990
5.
EN. JOHARI B. MOHD ISA
1991-2001
6.
PN. HJH NAEMAH BT HJ. MD. SAHIB
2001-2005
7.
PN. HJH. FARADED BT MOHD DOM
2005-2007
8.
PN. ROSITA BT SALLEH
2007- JUN 2011
9.
HJ. ABD. KADIR B. HJ. NORDIN
JULAI 2011

 






KETERANGAN WARNA LENCANA SEKOLAH

           

PUTIH              SUCI

 

        KUNING           BERCITA-CITA TINGGI

 

        HIJAU              IMAN

 

        MERAH            BERANI

 

        BIRU                KETENANGAN

 

KETERANGAN SIMBOL LENCANA SEKOLAH

 

       OBOR              PENYULUH

 

        BUKU              ILMU

 

            GELUNG          KESUKANAN


š LAGU SEKOLAH š

 

Berdiri megah melafazkan setia

SMKDS sekolah  tercinta

Rajin berusaha bersatu kita

Kecermelangan harapan kita

 

Rukun negara panduan semua

                        Mendukung hasrat nusa bangsa

                        Tingkatkan ilmu sepanjang masa

                        Wawasan  terlaksana

 


**Mendakap jaya mencapai cita

Jasamu guru dan ibubapa

Membuka minda terus berjaya

Menjana  pembangunan negara

 

š LAGU NEGERI SEMBILAN š

 

Berkatlah Yang Dipertuan Besar,

Di Negeri Sembilan,

Kurniai Sihat Dan Makmur,

Kasihi Rakyat Lanjutkan Umur,

                                                                                                                                      

Akan Berkati Sekelian Yang Setia,

Musuhnya Habis Binasa,

Berkatlah Yang Dipertuan Besar, Di Negeri Sembilan.

 


š KEMUDAHAN PRASARANA SEKOLAH š

 

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Shahardin mempunyai beberapa kemudahan untuk pelajar-pelajar supaya mereka dapat menjalani  proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah dengan lebih kondusif dan efektif.

     

 PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSS)

 

a)   Perpustakaan

      Tempat terdapatnya banyak buku rujukan dan buku cerita untuk dijadikan buku

       pembelajaran di sekolah atau di rumah oleh semua warga sekolah.

     

b)   Makmal Komputer

      Bangunan 2 tingkat yang mempunyai kemudahan 40 buah komputer, 2 Pencetak Laser Berwarna, 2 Projektor   dan kemudahan internet  wireless broadband / Streamyx.

 

c)   Bilik Tayangan

Kemudahan yang terdapat dibilik ini ialah TV , VCR,VCD, radio dan bahan media.Bilik ini boleh digunakan untuk kegunaan pada waktu pembelajaran dan pengajaran (P&P),waktu kelas ganti,kelas tambahan,aktiviti kokurikulum,tempat belajar secara berkumpulan dan aktiviti-aktiviti lain.

 

d)   Bilik Komputer (Bilik KDP)

      Terdapat 21 buah komputer, Pencetak dan Pengimbas.Bilik ini juga menjalankan aktiviti literasi komputer di bawah program Pusat Perkembangan Kurikulum.Antara perisiannya MS Word, MS Excell dan MS Power Point.Selain itu, makmal ini juga menyediakan kemudahan untuk mengakses internet tanpa wayar (wireless Internet)

 



e)   Bilik SALC (Self Acces Learning Center) dan Bilik PAK (Pembelajaran  Akses Kendiri)

Bilik ini berfungsi sebagai pusat pendekatan pembelajaran yang memberi akses kepada sumber pembelajaran dan kebolehan pelajar memperolehi pengetahuan dan kemahiran secara berdikari.

 

f)    Taman Herba

      Mempamerkan pelbagai jenis tanaman herba yang diusahakan oleh panitia

      Kemahiran Hidup

 

g)   Taman Sains

      Mempamerkan pelbagai jenis spesies tumbuhan dan pemeliharaan ikan hiasan.

 

h)   Bilik Bahan Bantu Mengajar

Menempatkan koleksi bahan bantu mengajar bagi kemudahan menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.

 

i)    Bilik Gerakan

      Bilik Mesyuarat, In-House Training , Bengkel ,Taklimat mempamerkan Carta Organisasi Sekolah, Data-data Analisa Peperiksaan, Sijil Anugerah,  Pencapaian dan profail Sekolah.

 

 
j)    Galeri Sejarah

Tempat yang mengandungi maklumat-maklumat yang berkaitan dengan sejarah dan bahan terkini tentang Sekolah Menengah Kebangsaan Dato'  Shahardin.

 

k)   Pondok Bacaan dan Pondok Bahasa Arab

      Tempat menambahkan ilmu sambil berehat atau mengulangkaji pelajaran diluar   waktu pembelajaran dan pengajaran (P&P).

 
 
   BILIK-BILIK KHAS

 

1-   Bilik Kaunseling Kerjaya

      Bilik di mana pelajar-pelajar dan warga sekolah mendapatkan perkhidmatan berkaitan bimbingan,kerjaya dan kaunseling secara individu dan kelompok. Selain itu,bilik ini turut memberi kemudahan rujukan kepada para pelajar berkaitan peluang-peluang selepas tamat zaman persekolahan.

 

2-   Bilik  Penilaian dan Peperiksaan

      Tempat pengumpulan bahan-bahan peperiksaan (bank soalan).Selain itu, bilik ini

      turut memberi kemudahan penyelenggaraan soalan-soalan ujian dan peperiksaan

 

3.   Bilik SPBT (Buku Teks)

      Tempat penyimpanan buku-buku teks hak milik kerajaan yang akan diedarkan

      kepada pelajar yang layak melalui Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT).

 

4-   Dewan Serbaguna

      Digunakan apabila mengadakan program-program besar seperti sambutan Hari

      Guru, minggu Silaturrahim,ceramah,bengkel dan sebagainya.

 

5.   Bengkel Landskap

      Mempunyai pelbagai  kemudahan menjalankan mata pelajaran Landskap secara

      amali dan praktikal

 

6.   Bengkel Domestik

      Mempunyai pelbagai  kemudahan menjalankan mata pelajaran Domestik secara

      amali dan praktikal

 

7.   Surau

      Kemudahan menjalankan amali solat bagi pelajar sekolah

 

8.   Bilik  Dokumentasi

Bilik yang dijadikan pusat penyimpanan fail-fail maklumat pelajar, bidang matapelajaran, panitia dan ppengurusan sekolah.

9.   Bilik  Disiplin

      Kemudahan mengendalikan kes-kes disiplin pelajar

 

10. Billik Pengawas

      Bilik operasi badan Pengawas sekolah

 

11. Makmal Sains/ Biologi/Fizik/Kimia

      Dilengkapi dengan kemudahan alatan sains bagi menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran  subjek sains teras dan sains tulen

 

12.       Bilik PIBG

      Dilengkapi dengan kemudahan Menjalankan tgas-tugas pentadbiran PIBG di

      Sekolah.

KEBAJIKAN MURID

 

Terdapat beberapa kemudahan tambahan untuk menjaga kebajikan murid - murid seperti:

1.   Kantin

      Memudahkan para murid dan warga S.M.K.D.S membeli makanan dan minuman pada waktu-waktu yang tertentu.

 

2.   Koperasi

Menjual barang-barang keperluan pembelajaran dan pengajaran kepada warga sekolah.

 

3.   Bilik Kesihatan dan Rawatan

      Bilik yang memberi ruang rehat bagi murid - murid yang kurang sihat.

 

4.   Biasiswa/Bantuan Kewangan

      Murid - murid yang layak menerima biasiswa seperti Yayasan, Kementerian

      dan Negeri.

 

5.   Bilik Rawatan Pergigian

      Menyediakan kemudahan rawatan gigi kepada para pelajar.

 
 

3 ulasan:

  1. Tahniah!!! Sentiasa berjaya menghasilkan bahan rujukan yg berkualiti. -- mj@smkts--

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. I miss my school...rndu cikgu zuraya sesngat...

      Padam