26 April 2012

Fenomena 1BestariNet .... Ini baru betul-betul "School Friendly Internet"! Laju & Selamat diakses bila-bila masa...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.....

Pada hari Khamis 26 April 2012, saya telah membawa pelajar Tingkatan 3 Abadi ke PSS (Perpustakaan) untuk mencari maklumat kerja kursus Sejarah yang bertajuk "Produk Tempatan Negara Kita" dengan menggunakan Internet...  Pelajar saya sangat "excited" dan masing-masing membawa Netbook sendiri (paling ramai bawa Netbook 1Malaysia).

"Cikgu!. Nak password..."

Wah!! Masing-masing dah tak sabar nak online!!!

Itulah dia fenomena 1BestariNet yang memudahkan warga sekolah melayari internet di sekolah pada bila-bila masa! Nampaknya tak payahlah berebut-rebut lagi menunggu giliran nak guna makmal ICT.  Laman yang boleh dilawati pun dah siap ditapis oleh KPM. SELAMAT...
  


FAKTA:
1BestariNet di sekolah saya menggunakan rangkaian wireless berkelajuan tinggi YES 4G oleh YTL Communication Sdn Bhd.  1BestariNet merupakan projek inisiatif Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam menyediakan kemudahan capaian internet yang selamat secara wireless ke sekolah-sekolah di Malaysia.  Ianya merupakan end to end solution dengan komponen utama adalah capaian internet dan perkhidmatan Virtual Learning Environment (VLE) untuk warga sekolah.  Untuk maklumat lanjut sila layari http://spmict.jpnns.gov.my/

 


20 April 2012

Syarat-syarat Pertandingan Mencipta Brosur Bilik-Bilik & Bangunan Khas

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Khas buat cikgu-cikgu yang jadi boss bilik-bilik khas &  Bangunan Khas SMKDS...

Penyertaan adalah wajib yeee...
Jangan risau... semua akan dapat hadiah!! InsyaAllah.

Brosur mestilah mengandungi maklumat seperti berikut :

  • Misi & Visi
  • Carta organisasi
  • Takwim tahunan
  • Waktu operasi
  • Khidmat & kemudahan yang disediakan
  • Keunikan & keistimewaan
  • Gambar-gambar berinformasi
  • Kreativiti (Design atau layout brosur)
  • Latar warna & corak
  • Maklumat yang jelas & sangat informatif

Tarikh tutup : 25 Mei 2012

Sila hantar (2 salinan)  kepada Pn. Rumaizah di alamat :

Tingkat 3, Tangga 3 warna,  Pusat Sumber Buana Buku, SMK Dato' Shahardin, 71900 Labu.

18 April 2012

Asyik-asyik cerita PSS jeee... Apa kata kita kongsi & tatap lensa aktiviti kadet Polis pula yeee..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Diriku & Tugasku...

Cikgu@Librarian@Inspektor Kadet Polis... Macam-macam keje daaaa...



Bersama-sama rakan seperjuangan
di Kem Rimba Ilmu K.Pilah

Perkhemahan Kor K. Polis IPD Nilai
(1-4 April 2012)


Last Day!!! Nak Balik dahhhh!!
Latihan Menembak M16 Di Lapang Sasar Mantin
 (12 April 2012)




Pengalaman kali ketiga menembak

Dapat 30 peluru, tapi kena 3 mata jeeee... he heh!




Program Perkembangan Staff - ICT Dalam P&P (EDUWEB TV 2.0 & Kampus Astro) - 19 Mac 2012

Assalamualaikum & salam Sejahtera...

Cikgu-cikgu bestari...

Masih ingatkah lagi... Dah siap ke belum?... Due date dah nak dekat niiiii....










Pelancaran Minggu PSS & Bulan ICT 2012 - 5 Mac 2012

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.....

Telah hampir sebulan ianya berlalu...


Anugerah Nilam
Ucapan Perasmian Tn. Pengetua



Pelajar Menyaksikan Klip Video
Gimik Pelancaran
Persembahan "Biar Buku Bicara"
Pelajar Menyaksikan Klip Video