26 April 2012

Fenomena 1BestariNet .... Ini baru betul-betul "School Friendly Internet"! Laju & Selamat diakses bila-bila masa...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.....

Pada hari Khamis 26 April 2012, saya telah membawa pelajar Tingkatan 3 Abadi ke PSS (Perpustakaan) untuk mencari maklumat kerja kursus Sejarah yang bertajuk "Produk Tempatan Negara Kita" dengan menggunakan Internet...  Pelajar saya sangat "excited" dan masing-masing membawa Netbook sendiri (paling ramai bawa Netbook 1Malaysia).

"Cikgu!. Nak password..."

Wah!! Masing-masing dah tak sabar nak online!!!

Itulah dia fenomena 1BestariNet yang memudahkan warga sekolah melayari internet di sekolah pada bila-bila masa! Nampaknya tak payahlah berebut-rebut lagi menunggu giliran nak guna makmal ICT.  Laman yang boleh dilawati pun dah siap ditapis oleh KPM. SELAMAT...
  


FAKTA:
1BestariNet di sekolah saya menggunakan rangkaian wireless berkelajuan tinggi YES 4G oleh YTL Communication Sdn Bhd.  1BestariNet merupakan projek inisiatif Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam menyediakan kemudahan capaian internet yang selamat secara wireless ke sekolah-sekolah di Malaysia.  Ianya merupakan end to end solution dengan komponen utama adalah capaian internet dan perkhidmatan Virtual Learning Environment (VLE) untuk warga sekolah.  Untuk maklumat lanjut sila layari http://spmict.jpnns.gov.my/

 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan