02 Mei 2011

PROJEK RINTIS U-PUSTAKA


SALAM 1MALAYSIA,

Baru-baru ini sebuah Portal yang diberi nama U-PUSTAKA telah dilancarkan oleh Kerajaan.  Ianya diinovasikan untuk menyediakan akses kepada kandungan dan perkhidmatan maklumat untuk ahli-ahli u-Pustaka secara efisyen, bersepadu, telus, pada bila-bila masa dan di mana sahaja menerusi dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Portal u-Pustaka menggalakkan penyertaan bagi pengalaman pembelajaran sepanjang hayat untuk kesemua ahli u-Pustaka dan ahli atas talian menerusi komponen penerbitan web, kolaborasi, pengurusan kandungan dan perkhidmatan peminjaman dan pemulangan bahan maklumat.

Berikut adalah serapan yang diambil dari Portal tersebut:

Projek Perintis U-PUSTAKA merupakan satu inovasi yang memanifestasikan sinergi kolaboratif dari Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan sokongan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) serta ahli-ahli Konsortium u-Pustaka seperti berikut:


•Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS),
•Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS),
•Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang (PPAP),
•Pustaka Negeri Sarawak (Pustaka),
•Perpustakaan Kuala Lumpur (PKL),
•Perpustakaan INTAN Bukit Kiara dan
•Perpustakaan Negeri Sabah.

Seiringan dengan itu, Projek Perintis u-Pustaka direalisasikan menerusi kolaborasi inovatif bersama/dengan agensi-agensi berikut:

•Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
•Unit Perancang Ekonomi (EPU)
•Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia(JPN)
•Pusat Kecemerlangan Teknologi Sensor (NEST), Universiti Putra Malaysia
•Pos Malaysia Berhad (PMB)
•FPX Gateway Sdn Bhd (dulu dikenali sebagai Malaysian Electronic Payment System Sdn. Bhd (MEPS))
•Bank Islam Malaysia Berhad
•Touch 'n Go Sdn Bhd

3 ulasan:

  1. Salam Pn. Rumaizah,

    Bagi pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), saya mengucapkan berbanyak terima kasih di atas daya usaha menerbitkan artikel mengenai Projek Perintis u-Pustaka ini.Sesungguhnya projek yang diilhamkan oleh jabatan kami ini memberi manfaat besar kepada seluruh rakyat terutamanya di kawasan luar bandar yang dapat menikmati kemudahan pinjaman koleksi buku dari 8 perpustakaan dan pelbagai lagi perkhidmatan maklumat yang menarik disediakan. Semoga generasi yang dipupuk di sekolah akan merealisasikan aspirasi pembentukan masyarakat berasaskan pengetahuan pada tahun 2020 kelak. Mohon agar pihak sekolah dapat mempromosikan keahlian, peminjaman dan perolehan maklumat yang ditawarkan menerusi perkhidmatan u-Pustaka ini.
    Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, pihak puan dijemput untuk menghubungi kami.

    Terima kasih.
    Wassalam
    Azhani Hj. As'ad
    Timbalan Pengarah
    Jabatan Projek Strategik SKMM
    Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia malaysia (SKMM)
    Cyberjaya, Selangor D. Ehsan
    Tel.: 03-8688 8304
    Emel: azhani@cmc.gov.my

    atau
    Profesor Madya Indahsah Hj. Sidek
    Penasihat Teknikal/Pengarah
    Jabatan Projek Strategik SKMM
    Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)
    Tel. : 03-8688 8074
    Emel : indah.sidek@cmc.gov.my

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah,

    Saya sebenarnya tak menyangka Post saya berkenaan u-Pustaka ini akan mendapat perhatian sampai ke peringkat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Terima kasih banyak saya ucapkan.

    Syabas juga saya ucapkan di atas keprihatinan pihak Tuan yang terbukti sentiasa memantau perkembangan dan halatuju program inovasi seperti ini. Saya percaya ianya bakal mengubah persepsi masyarakat terhadap kepenggunaan Pusat Sumber dengan cara yang lebih versatil & praktikal.

    InsyaAllah, saya akan mempromosikan keversatilan u-Pustaka kepada warga sekolah dengan lebih menyeluruh. Mungkin juga Minggu promosi u-Pustaka boleh dimulakan di peringkat sekolah kami sebelum memperhebatkannya ke peringkat Pusat Kegiatan Guru Kawasan pula.

    InsyaAllah...

    BalasPadam
  3. Salam Pn. Rumaizah,

    Ribuan terima kasih di atas sokongan pihak puan. Silalah war-warkan portal u-Pustaka di www.u-pustaka gov.my kepada semua warga SMK Dato' Shardin agar mereka menjadi ahli dan menikmati perkhidmatan yang disediakan. Puan dialu-alukan untuk berhubung dengan kami sekiranya memerlukan bantuan untuk menjalankan program u-Pustaka di peringkat sekolah dan PKG kawasan.

    Terima kasih.

    Wassalam
    Azhani

    BalasPadam