21 Julai 2011

LAMAN BLOG PSS SMKDS TELAH DIKUNJUNGI ORANG DARI SELURUH DUNIA?

Salam 1 Malaysia,

Apabila saya mendapat komen dari seorang Guru dari Indonesia petang tadi, saya tertanya-tanya siapa lagi yang telah berkunjung ke blog PSS ini. 

Saya tidak pernah menjangkakan blog ini akan dilawati oleh orang dari seluruh pelusuk dunia.  Maklumlah Blog kecil-kecilan... ;-).  Lebih-lebih lagi saya jarang mengemaskini blog ini kerana kesuntukan masa menguruskan kerjaya & rumahtangga.  Akhirnya saya tersedar juga - inilah yang dinamakan "Dunia Tanpa Sempadan". 

Saya "paste"kan di bawah ini snapshot Statistik "Pageview by Country" ke atas Laman Blok PSS SMKDS dari sejak dari mula pembinaannya:
(Klik untuk gambar yang lebih besar)

Begitulah berkuasanya Internet di dalam kehidupan moden kita hari ini.  Namun perlu diingat, jika baik yang kita mahukan, baiklah jadinya.  Begitu juga sebaliknya.  Bak kata pepatah "Tepuk dada, tanyalah selera".

Moga-moga kita selalu mendapat PerlindunganNya dari perkara-perkara yang tidak patut kita lihat.


-

2 ulasan:

  1. Seluruh dunia ???? Buta ke hape? Blog macam ni seluruh dunia nak tengok?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin awak seorang sahaja yg buta(hatinya). Kandungan yg ditulis pun awak x faham maksudnya. Belajarlah juga menghormati karya orang lain. Sekurang-kurangnya ada usaha ke arah sesuatu. Semoga Allah menunjukkan anda ke pangkal jalan... Semoga ketersesatan anda hanya sementara. InsyaAllah! Semoga di dalam kesesatan terselit juga kebaikan... walaupun sedikit

      Padam