20 Julai 2012

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK !

Sebagaimana pengumuman oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia iaitu Datuk Syed Danial Syed Ahmad, Sabtu ini (21 Julai) bermulalah episod Ibadah Puasa sebulan Ramadhan yang diwajibkan ke atas seluruh Umat Islam.

Di kesempatan ini Cikgu ingin mengucapkan Ramadhan al-Mubarak 1433H kepada semua umat Islam di seluruh dunia amnya dan semua warga Islam SMKDS khasnya.


Cikgu juga ingin memohon ampun & maaf andai terdapat apa-apa kesalahan pada semua. Mudah-mudahan kita melangkah ke dalam bulan yang mulia ini dengan tubuh & jiwa yang suci dengan niat ikhlas 100% kerana Allah SWT.


Semoga ibadah Ramadhan kita tahun ini cantik sempurna & diterima Allah sepenuhnya.

Di sini Cikgu ingin berkongsi serba sedikit perkara asas yang perlu kita ketahui:

Syarat Wajib Puasa:
a) Islam
b) baligh
c) berakal
d) berupaya (sihat)
e) bermukim

Syarat Sah Puasa:
a) Islam
b) Berakal
c) Suci dari haid & Nifas sepanjang masa puasa
d) Niat (waktunya ialah dari masuk waktu Maghrib hingga sebelum masuk waktu Subuh)

Rukun Puasa:
a) Niat berpuasa
b) Menahan diri dari makan & minum serta perkara-perkara yang membatalkannya

Masa Puasa:
Puasa bermula dari terbit fajar sodiq (subuh) hingga terbenam matahari.

NIAT PUASA SEBULAN:
Maksud : Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta'ala.


NIAT PUASA HARIAN:

Maksud : Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala


RUKHSAH (Kelonggaran):

Orang Islam yang diberi kelonggaran diperbolehkan untuk tidak puasa Ramadhan, tetapi wajib mengqadha di bulan lain, mereka itu ialah:
1)  Orang sakit yang masih ada harapan sembuh.
2) Orang dalam safar melebihi 2 marhalah@90km (Musafir). Musafir yang merasa kuat boleh meneruskan puasa dalam safarnya, tetapi yang merasa lemah dan berat lebih baik berbuka, dan makruh memaksakan diri untuk puasa.

Orang Islam yang diberi kelonggaran diperbolehkan untuk tidak mengerjakan puasa Ramadhan dan tidak wajib mengqadha, tetapi wajib membayar fidyah (memberi makan sehari seorang miskin). Mereka adalah orang yang tidak lagi mampu mengerjakan puasa karena:
1)  Umurnya sangat tua dan lemah.
2)  Wanita yang menyusui bayi dan khuatir akan kesehatan bayinya.
3)  Karena mengandung dan  khuatir akan kesihatan dirinya.
4)  Sakit bertahun-tahun yang tidak ada harapan sembuh.
5)  Orang yang sehari-hari kerjanya berat yang tidak mungkin mampu dikerjakan sambil puasa, dan tidak mendapat pekerjaan lain yang ringan.

Jika ada yang tersilap harap maklumkan ye! Allahu A'lam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan