17 Julai 2011

KEJUTAN DARI SURUHANJAYA KOMUNIKASI & MULTIMEDIA MALAYSIA

Salam 1Malaysia,

Ini adalah kejutan yang paling tidak saya jangkakan sejak mengendalikan blog PSS SMKDS ini. Saya amat bersyukur ke hadrat Allah walaupun sangat tidak menyangka pos saya tersebut telah menarik perhatian dari orang-orang besar di SKMM.

Berikut adalah komen dari mereka (saya copy & paste) tentang Program Rintis U-Pustaka yang saya poskan sebelum ini di SINI:

Salam Pn. Rumaizah,
Bagi pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), saya mengucapkan berbanyak terima kasih di atas daya usaha menerbitkan artikel mengenai Projek Perintis u-Pustaka ini.Sesungguhnya projek yang diilhamkan oleh jabatan kami ini memberi manfaat besar kepada seluruh rakyat terutamanya di kawasan luar bandar yang dapat menikmati kemudahan pinjaman koleksi buku dari 8 perpustakaan dan pelbagai lagi perkhidmatan maklumat yang menarik disediakan. Semoga generasi yang dipupuk di sekolah akan merealisasikan aspirasi pembentukan masyarakat berasaskan pengetahuan pada tahun 2020 kelak. Mohon agar pihak sekolah dapat mempromosikan keahlian, peminjaman dan perolehan maklumat yang ditawarkan menerusi perkhidmatan u-Pustaka ini.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, pihak puan dijemput untuk menghubungi kami.
Terima kasih.
Wassalam

Azhani Hj. As'ad
Timbalan Pengarah
Jabatan Projek Strategik SKMM
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia malaysia (SKMM)
Cyberjaya, Selangor D. Ehsan
Tel.: 03-8688 8304

atau
Profesor Madya Indahsah Hj. Sidek
Penasihat Teknikal/Pengarah
Jabatan Projek Strategik SKMM
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)
Tel. : 03-8688 8074
Emel : indah.sidek@cmc.gov.my

-

1 ulasan:

  1. salam... k.mai mmg canggih & always update everything even it was a small thing....congrats...

    kama..

    BalasPadam