18 Julai 2011

WARGA PSS MENGALU-ALUKAN KEDATANGAN PENGETUA BAHARU

Salam 1Malaysia,

Seperti yang diketahui, PUAN ROSITA SALLEH (Mantan Pengetua) telah pun berpindah ke SMK Bukit Saujana kerana mematuhi syarat kenaikan pangkat beliau. Sedih rasanya bila Pengetua yang amat kami sayangi terpaksa melangkah pergi.

Namun bak kata pepatah Melayu, PATAH TUMBUH, HILANG BERGANTI!.  Pada hari ini bermulalah episod baru pentabiran SMKDS dengan kedatangan TUAN HAJI ABDUL KADIR BIN NORDIN sebagai Pengetua yang baharu.

SELAMAT DATANG & AHLAN WASAHLAN! 

Sekiranya ada kelapangan, kami warga PSS akan merasa amat bangga sekiranya Tuan Haji dapat melapangkan masa melawat PSS SMKDS.  Kami sentiasa memerlukan pengalaman dan kepakaran Tuan Haji yang pernah menjadi tenaga pengajar di Sekolah KGV yang memang telah tersohor kebitaraan PSSnya.

Jemputlah datang ke PSS !

-

1 ulasan:

  1. Aku orang baru di blogger. Ini adalah kunjungan sesama blogger 'cikgu'. Bulan Agustus mendatang sekolah kami juga akan berganti pengetua. Semoga kami sama merasakan apa yang 'cikgu' pernah rasakan...Oh ya silahkan mampir ke blogku ya! And jangan lupa berkoment...

    BalasPadam